Kalau balik semula kepada yang asal, memang politikus ni semua sampah. Buang masa je. Tapi boleh percaya ke Bersatu lagi? Dengan Azmin dalam tu?

Baik takyah drama letak jawatan bagai. So, Tun M jadi PM ke-8. Janji DSAI jadi PM ke-8 cancel? Kena sign balik jadi PM ke-9? So, siapa PM ke-9?

Kita perlukan suara baru, suara yang fresh, yang takda kena mengena dengan segala parti yang ada di muka Malaysia ni.

Mana-mana orang muda yang rasa sama macam aku, ke mari kau. Kerja kuat-kuat, jadi manusia berguna sebelum kau masuk politik.

Bukan masuk politik untuk jadi kaya atau baru nak hidup senang atau baru nak start bayar cukai. Biar jadi orang politik yang tak boleh dibeli, takda kepentingan dengan jawatan dan kuasa.

Negara perlu orang muda yang merdeka jiwanya, poketnya dan akalnya.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.