SC HALANG QM “RAISE FUND” DAN AUDITOR TIDAK DAPAT MENGESAHKAN STOK SIMPANAN EMAS QM

S

Aku tertanya-tanya dalam diri aku, bagaimanalah pejuang-pejuang BMF semisal Nadim Johor (Toqqi@Tokki PPIM), Yusuf Azmi (Kanda 90s gigil Semboyan), dan Coach Fadzil (Ushawan Malakat Mall, Koppim dan Brainy Bunch) nak hadap dengan masalah yang dihadapi oleh QM (Quantum Mental).

Kan?

Komen aku mudah je. Kenapa diorang kena “raise fund”? Sebab baru-baru ini mereka menghadapi masalah pelabur nak buat “withdrawal” atau pengeluaran di saat harga emas naik mencanak.

Dakwaan mereka mempunyai simpanan-stok (stock-inventory) emas bertan-tan juga tidak dapat disahkan secara rasmi melalui laporan audit. Bahkan laporan audit mereka juga telah di-qualified-kan oleh auditor pada bahagian simpanan-stok (stock-inventory). Auditor tidak boleh mengesahkan.

Justeru, dakwaan mereka punya stok yang bertan-tan emas seperti yang didakwa, masih misteri. Jika punya sejumlah itu, cairkan sahaja dan bayarlah. Kenapa tak boleh buat. Kan?

Lagi 1, aku juga tertanya-tanya bagaimanalah pejuang-pejuang BMF ini boleh terjerat dengan skim emas bukan milik syarikat yang memenuhi syarat BMF.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.