“Saya nak buat parti baru wahai guru kami yang mulia..”
kata Ahmad kepada gurunya. Gurunya tersenyum sambil berkata,
“Lah, taktau pula Ahmad minat nak jadi politikus..”
Ahmad lantas menjawab,
“Memang tak minat wahai guru, tetapi beberapa masalah yang berlaku menyebabkan saya berfikir untuk melawan arus..”
Guru tersenyum, sambil berkata,
“Jadi apa rencananya?”
Ahmad dengan penuh keyakinan menjawab,
“InsyaAllah, dengan ilmu dan teknologi yang guru berikan kepada kami, akan saya gunakan untuk mengumpul dana..”
Muhammad menyampuk,
“Biar Ahmad jadi PM wahai guru. Biar saya jadi machine duitnya..”
Guru kami menganggukkan kepala,
“InsyaAllah dengan ilmu dan teknologi ini, dunia akan hormat kepada kalian. Gunalah untuk membangunkan semula agama dan negara..”