Ramai pula yang sibuk cerita pasal “jemaah tabligh (JT)” walhal kebanyakan mereka tidak faham tentang jemaah ini. Hanya kenal dari jauh dan hanya dengar cakap-cakap orang sahaja.
Esok aku nak cerita sikit pasal JT. Apa kelayakan aku nak cerita? 4 bulan IPB, pernah bertalaqi di Darul Uloom Melbourne dan daurah kutub sittah di Darul Uloom Melbourne. Bermulazamah dengan beberapa ulama’, anak murid Maulana Zakariyya al-Kandhlawi. Kira layak la kan?
Aku tidak bersetuju dengan beberapa hal dalam JT. Tapi tak menjadikan aku membenci mereka. Bahkan aku sentiasa mempertahankan mereka. Makin popular JT lepas ni lepas beberapa kejadian baru-baru ini.