Aku selalu sebut, kalau nak berniaga, biar berniaga macam berkeluarga, bukan macam pelacur.
Bila kita berkeluarga, kita akan ada rasa tanggungjawab. Bukan sekadar nak kejar untung. Psikologi dan fizikal para pekerja kena jaga.
Masa depan syarikat adalah masa depan pekerja. Kejayaan syarikat adalah kejayaan pekerja bersama. Tanpa pekerja, tiadalah syarikat.
Aku tengok video Elon Musk ni, masa orang tanya dia nak give up ke tak. Bergenang air mata dia. Terangguk-angguk kepala dia.
Aku tau, dia tengah stress, depressed dan down masa tu. Yela, berapa ribu staff dia masa tu. Berapa banyak duit dia dah habiskan. Takkan nak tutup.
Jalan terus. Kena lawan. Cuba lagi. Sebab apa? Elon Musk bukan berniaga macam pelacur!