Ada orang bangga-bangga buat lebih 100% dalam saham tahun ini. Walhal dia masuk masa market low. Jadi, adakah perkara ini membuktikan kau pandai trading dan system kau works? Atau system atau sifu kau ajar itu menjadi?

Adakah kau dapat replicate lagi dan lagi sampai kau boleh jadi trader sepenuh masa? Jadi jutawan dengan trading saham? Adakah system kau benar-benar konsisten? Adakah tahun depan, lagi 2 tahun, 10 tahun, 20 lagi kau masih boleh dapat 100% setahun?

Kalau kira macam tu. Korang patut dengar cakap aku pasal Bitcoin. Aku pegang Bitcoin masa USD800, hari ini dah USD18,000. Kenaikan 2200%!!!

Ada aku claim aku trader hebat? Aku buat kelas ngajar trade Bitcoin? Buka kelas trading method Satoshi? Tidak. Sebab aku pegang dan simpan Bitcoin tanpa apa-apa analisis teknikal atau system. Aku hanya simpan dan percaya.

Tup, tup, ia meletup!

So, aku nak ajak orang invest dalam Bitcoin atau kripto? Tidak! Jangan involve kalau takda ilmu. Ilmu dulu.

Nah, amik beli buku ni kalau kau malas nak scroll portal percuma aku, www.coin.my.

https://ifmal.com/…/50-dalil-kenapa-anda-wajib…/…

Dah faham, dah ada ilmu, terpulanglah nak involve ke tak. Kau nak trading ke apa, nak value investing atau buy and hold. Terserah.

Yang penting ilmu dulu.

Ingat, today’s knowledge, tomorrow’s wealth!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.