3% DARIPADA RM20 JUTA ADALAH RM600,000

3

Korang meniaga apa boleh senang-senang dapat RM600,000 tanpa modal?

Itu kalau RM20 juta kutipan. Kalau RM50 juta? Kalau RM100 juta? Itu kalau ambil 3% je, kalau ambil sampai 30%? Berapa?

Kutip derma, jual air liur sikit, letak gambar video gambar sedih mangsa, kemudian publish!

Apa kerja yang diorang buat sampai perlu RM600 ribu kos operasi?

Dulu dulu, asas penubuhan mana-mana NGO adalah voluntary atau kesukarelawanan.

Orang yang bekerja semua sukarela. Tak ambil gaji. Mungkin sedikit elaun atau claim saja bila beraktiviti.

Semua yang terlibat dengan NGO ini, ada kerjaya lain. Mereka tak nampak NGO jadi lubuk duit.

Tapi hari ini, disebabkan NGO dah jadi lubuk duit, ramailah yang buat.

Yang malas kerja tapi suka beraktiviti, buka je NGO. InsyaAllah duit ada, perut tak lapar.

Apa kerja kau kena buat?
1. Kutip derma.
2. Hantar derma.

Kalau semua ditanggung, dibayar, dapat ke oversea, masyarakat pun pandang tinggi konon kau buat baik.

Apa yang susahnya? Bukan pakai duit kau.

Sebab nanti akan ada bodoh-enabler yang tak faham isu akan cakap.

“Kau banyak complain, apa kau buat? Apa sumbangan kau?”
“Sekurang-kurangnya..”

Bhai, buat baik dengan duit orang tak susah bhai! Pergi kerja, ambil duit kau sendiri. Tengok berapa banyak kau boleh bagi.

Kadang-kadang, aku terfikir yang puak-puak NGO yang collect derma ni macam happy bila Palestin diserang, laju diorang tunggang kutip derma, tekan ads sana sini. Sampai NGO yang entah mana hala datang pun kutip derma untuk Palestin juga.

Jadi, aku cadangkan untuk mereka-mereka yang malas bekerja, tapi berjiwa baik dan suka buat baik, tapi nak hidup senang, bukalah NGO.

Nanti korang boleh ambil gaji, boleh travel oversea, jalan-jalan sambil konon buat kebajikan dan boleh jadi vendor/kontraktor kepada NGO korang.

Dengan kos operasi, korang boleh bela pentaksub korang dengan gaji. Target collect setahun RM20 juta je.

Dengan RM600 ribu, korang boleh bela 100-200 orang macai dengan gaji lebih kurang RM3000 seorang.

Steady tak?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.