1. Bang, macam mana nak tulis bagi viral.
Sebenarnya aku pun taktau apa resepi dia, aku tulis cara aku, be myself, put all the facts and publish. Entahlah, tujuan aku menulis untuk mendidik masyarakat dan menyampai kebenaran.
2. Kenapa saya kena unfriend?
Sebab aku tak suka apa kau share, apa kau tulis, apa kau komen, apa kau like. Aku tak suka melihatnya. Aku rasa insult intelligence. So, aku unfriend. Aku juga tak suka strawman. Faham?
3. Kata pejuang kebenaran, kenapa tutup ruang komen?
Aku tak tutup ruang komen, aku allow friends saja komen. Wall aku ibarat laman aku, suka hati akulah nak kasi siapa yang nak main di wall aku. Kenapa kau nak meroyan? Life kau kemurungan ke bila tak dapat komen dekat wall aku? Kau nak maki aku? Makilah dekat wall kau. Aku tak halang pun.
4. Tolong ajar saya main saham.
Bila pula aku jadi sifu saham, buka kelas ngajar saham. Aku boleh ngajar kau mathematics, statistics dan physics, fee dia tak mahal. 1btc sejam je.
5. Kau ni sombong, bongkak, dan cari perhatian.
Kalau aku sombong dan bongkak, baik aku pakai coat & tie, tunjuk kaya, sembang kaya. Aku jujur je kasitau aku naik Axia Kompang. Kalau menegakkan kebenaran itu dipanggil sombong dan bongkak. Ok, aku sombong dan bongkak? So?
Ya, aku memang cari perhatian, aku cari perhatian orang yang sekepala dengan aku, sepemikiran dengan aku, yang menyokong idea, kempen dan perjuangan aku, dan mereka yang nak mencari kebenaran.
Bukan orang yang bebal, opportunist dan low IQ. Jenis ni memang aku taknak. Aku block dan aku tak layan. Tak suka takpa, dunia ini penuh pilihan. Kenapa aku kena please semua orang?
Pinjam kata-kata Bomoh Bursa,
“people don’t want to hear the truth because they don’t want their illisions destroyed.”