Ini sahabat gua. Sahabat gua yang paling tua. Beza umur macam anak dengan bapak. Mentor dan penasihat tentang bisnes kepada gua.
Gua 18 tahun, dia 81 tahun. Tapi kami rapat macam sama-sama penah berkubang dalam bendang. Gua bukan nak cerita pasal tu. Gua nak cerita pasal lain. Intro saja tu.
Dia orang kaya. Seorang jutawan Melayu yang tidak berbinkan mana2 tokoh politik. Kompeni dia sangat progresif. Dengan 8 orang pekerja. Turnover yearly 40 juta.
Dia plak subversif. Baju koyak-koyak tu biasa. Office dia pun biasa-biasa saja. Bukan macam orang lain, belum up dah sibuk dengan Ferragamo, Hugo Boss, Ralph Lauren. Office menggila cantik, siap pegi kutip datokship lagi.
Sebab tu gua sampai la ni tak berani pakai lebih dari mentor gua yang tua ni. Pakaian cantik dan mahal itu semua orang suka. Tapi bukan pakaian 24 jam kita. Bila perlu saja. Selebihnya, biasa-biasa sudah.
Nah, ini baju dia semalam! Gua ingat baju gua dah buruk dah semalam. Sekali dia datang dengan baju koyak da..
Jilake betul!
Lu orang lawan sapa pakai Ferragamo, kami lawan sapa baju paling mengikut Umar al-Khattab la..