FATIHAH, KENAPA AWAK NAK KAHWIN?

F

Sambungan dari :

https://www.facebook.com/100037715657121/posts/161980761735778/?d=n

Aku bertanya, “Fatihah, kenapa awak nak kahwin? Nak nikah?”

Fatihah sedikit pelik, soalah-olah soalan aku tak relevan. Tapi dia tetap jawab,

“Saya nak halalkan diri saya untuk lelaki yang saya suka, nak ada keluarga, nak ada anak..”

Aku sudah menjangka inilah jawapan seluruh kaum wanita muslim. Aku sengeh je.

Aku tanya lagi,

“Kalau tak kahwin tak boleh “main” ke?”

Pantas Fatihah menjawab,

“Mana boleh bos, haram! Dosa!”

Aku tenung ikan patin dalam pinggan, aku tanya lagi,

“Siapa yang kata tak boleh? Kata haram? Kata berdosa?”

Dia macam pelik soalan aku, dia jawab,

“Apa ni bos, tuhan la bagitahu, agama la yang kata haram, berdosa..”

“Jadi, awak nak kahwin, nak nikah sebenarnya sebab agama?” Aku memotong cubaannya untuk memberi tazkirah kepada aku.

“Yelah bos, kita kan orang Islam..” kata Fatihah ringkas.

—-

“Kesimpulannya, awak nak kahwin, nikah sebab agama la kan? Bukan sebab nak “main”, nak anak dan berkeluarga kan? Sebab kalau bukan sebab agama yang suruh nikah, kahwin, awak boleh je “main”, berkeluarga, tinggal serumah, dapat anak tanpa nikah dan kahwin kan? Takda siapa kata salah pun kan?

Aku membantu dia untuk melakukan kesimpulan yang sepatutnya dia lakukan.

Fatihah menjawab,

“Ye bos, sebab agama suruh.. Jadi kenapa?”

Aku sudah ready nak bagi jawapan penuh,

“Jadi, kenapa awak macam tak boleh terima tentang hukum-hakam lain seperti cerai/talak, poligami? Bukankah hal tersebut juga dari agama? Dari tuhan? Dari hukum agama yang awak imani, yang awak terima untuk nikah dan kahwin? Sebenarnya dalam bab perkahwinan atau munakahat kan termasuk cerai/talak dan poligami? Awak terima tuhan suruh nikah, kenapa awak tak boleh cerna tuhan yang sama juga izinkan poligami?”

Fatihah terdiam, termenung. Aku buat penekanan lagi.

“Awak nak nikah sebab agama kan? Jadi terima dan sokonglah yang agama awak benarkan poligami. Ke macam mana? Adakah awak nak nikah hanya kerana tuhan haramkan seks tanpa nikah?”

Fatihah melihat aku dan dia terus bertanya,

“Apa yang bos cuba sampaikan ni?”

Aku gelak dan bagitau dia,

“Kalau nanti laki awak nak nikah lagi, sokonglah. Sebab dia nak buat apa yang tuhan dia dan tuhan awak izinkan. Agama dia dan agama awak benarkan. Lepas tu datang jumpa saya, ambil bonus izinkan laki awak nikah lagi.”

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.