Ada sahabat nak bagi saya RM1000 modal untuk beli SSM dan audit report syarikat-syarikat startup dan bukan startup, yang founder, co-founder, c-level dia sembang lebat di media sosial.

Antara yang dicadangkan :

1. The Lorry
2. Houseboom
3. Carput
4. Katsana
5. Getrunner
6. The Vocket

Siapa ada cadangan lagi? Aku akan review kalau ada masa. Review aku adalah untuk melihat company tersebut untung atau rugi, betul buat duit atau habiskan duit.

Bak kata Tuan Guru Hasrimy Hasan,

“Setakat habiskan duit dengan duit orang, anak aku yang tadika tu pun pandai..”

Aku bertanya kepada sahabat itu,

“Apa tujuan kau nak aku review? Nak tambah orang meluat dekat aku?”

Beliau jawab,

“Aku nak kau didik masyarakat kenal kaca dan permata. Sembang kencang belum tentu ada duit. Aku nak dunia startup berubah jadi profit based bukan valuation based. Barulah kita gang startup tak dianggap grantrepronor atau penjilat poyo..”

“Kau takut orang meluat kat kau ke?”

TAKUT?

Aku buat. Jangan risau. TAKUT takda dalam kamus hidup aku. Aku akan buat sebab kau cabar aku. Lagipun, ada je mamat-mamat startup sendu yang aku dah marking lama.

Setan!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.