Peluang 1%? Masih tetap peluang!

P

Peluang 1%? Masih tetap peluang!

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Ayat Quran di atas adalah ayat yang sangat popular. Ayat Quran yang memberi motivasi kepada seluruh umat Islam.

Kemudian Allah berfirman juga,

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

Ketika perang Badar, berapa peluang pasukan tentera Islam 313 ahli Badar yang bukan tentera, tidak lengkap bersenjata berlawan dengan 1000 orang musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata? Apa kata akal? Kiraan? Logik?

Dalam hidup kita, sentiasa tuhan memberi ruang pilihan untuk kita buat keputusan. Pilihan itu berjaya atau gagal, pilihan untuk hidup atau mati, pilihan untuk rajin atau malas.

Berapa peluang untuk kau berjaya dalam hidup? Kita tidak nampak masa depan. Ketika kau bayi, kanak-kanan, remaja dan dewasa. Peratusan berjaya itu berubah-ubah mengikut pembolehubah kehidupan yang boleh dimanipulasikan.

Sebab itu kata orang tua-tua,

“Untuk kehidupan, 1% juga peluang yang kau perlu usahakan. Kemudian baru kau berserah kepada Allah..”

Selagi peluang, selagi itu ada harapan.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.