Kalau kau keluar Jemaah Tabligh, kau dilantik menjadi amir atau syor kau diterima, mereka diajar untuk bertaawwuz dan beristighfar. Tapi kalau syor kau tidak diterima, kau diajar untuk bertahmid.
Rasionalnya bila kau menjadi pemimpin atau amir, kau akan memikul tanggungjawab yang besar yang mungkin memudaratkan jemaah yang kau pimpin.
Dan apabila syor kau diterima, takut-takut syor kau itu membawa masalah atau bencana kepada jemaah. Apabila syor kau tidak diterima, kau bertahmid kerana tiada beban di atas syor yang kau berikan.
Begitulah bagaimana Jemaah Tabligh mendidik para karkun bersifat wara’ dan insaf.
Umno? Bagaimana?
(Gambar hiasan.)