Aku pun nak #intoscene juga. Tadi dengar akak-akak bincang pasal result SPM anak-anak. Aku pun nak gebang juga kisah SPM aku.
Abam Takda SPM!
Abam sekolah sampai darjah 4 je. Dekat hujung Malaysia tu. Sekolah Kebangsaan Padang Besar (Utara) Perlis.
Terpaksa berhenti belajar sebab keluarga susah. Tapi abam kutip buku-buku sekolah yang dibuang, abam study sendiri.
Abam study add math, fizik, kimia semua sendiri walau pun takda SPM. Yang penting abam ada ilmu tersebut. Kemudian abam fly ke Australia jadi pemetik buah.
Disebabkan abam cintakan ilmu, abam selalu masuk ke universiti untuk curi ilmu. Di Australia, universiti takda pagar jadi kau boleh masuk je dengar kuliah.
Abam masuk kelas fluid mechanic, calculus, thermodynamic, static, dynamic, heat transfer, metallurgy, geotech, agriculture engineering, accounting, economics, politics, electrical dan c++.
Abam rasa tak puas, abam nak tau apa budak-budak Phd buat, jadi abam jadi macai researcher di universiti, jadi baru abam
kenai pasal integriti ilmu. Kenal impact factor, q1, q2 dan falsafah research sebenar.
Lepas abam rasa ilmu abam dah cukup solid. Duit pun ada sikit-sikit nak mula niaga, abam pun buka syarikat, dari sendiri buat kerja, sub dekat orang dan sekarang ada ramai pekerja.
Ada pekerja abam 11A+ SPM, belajar di Notingham Uni, ada dari LSE, ada dari Cambridge. Semua abam ayam-ayamkan je. Semua dengar cakap abam, arahan abam.
InshaAllah nanti abam jadi PM, abam akan perkenalkan pendidikan jalanan ala universiti. Jadi adik-adik yang takda A dalam SPM jangan risau, ilmu itu bukan atas sijil.
Ilmu itu penguasaan terhadap pengetahuan dengan fakta yang berintegriti. Sebab itu adik-adik jangan pelik ada orang memiliki Phd pun masih percaya psudosains atau tahyul kurafat.
Doktor perubatan jual kad jimat minyak, jurutera jadi leader skim ponzi. Tak pelik adik-adik, mereka hanya memiliki kertas, tapi tak memiliki ilmu yang sahih.
Jadi terus belajar, membaca dan mengkaji, ilmu itu tidak datang dari atas sijil SPM! Bila kau takda SPM tapi kau boleh ayam-ayamkan budak ada Phd, kan ke nampak kau lagi hebat?!
(Gambar hiasan dari London Eye masa abam kerja di UK dulu.)