Ini seluar Binajago aku ni. Aku pakai masa Sukma ke-8, tahun 2000 kat Penang. Lepas tu seluar tu jadi seluar pergi prep, seluar pergi masjid. Lepas tu jadi seluar tidur. Hari ini aku decide jadikan kain buruk.
Ala kulli hal, begitulah kehidupan. Selagi kau berguna, kau tetap akan berguna. Mungkin makin kurang digunakan atau nilai digunakan. Kau kena hadap apa yang boleh.
Kita mungkin tak pernah hadap perang dunia, tapi anggaplah ini perang dunia. Satu dunia melawan Covid-19. Seluruh manusia bumi bersatu padu melawan Covid-19.
Semua orang susah sekarang. Semua orang nak survive.
“Kita perlu hidup..”
Mungkin ada yang hilang kerja, bisnes down, bini maki, gopren lari. Jangan risau, dunia akan tetap berputar selagi belum kiamat.
Yang duk menjilat politikus tu, bakmai la sikit duit dari politikus kau?! Mana?! Kata berjuang untuk rakyat. Espcially yang ngaku sosialis komunis bagai tu.
Sedap korang ek. Makan duit gaji adun dengan MP. Gaji menteri lagi. Mohon kerajaan potong 90% gaji MP,Adun dan menteri. Baru sama-sama susah, sama-sama senang.