KURUNG DIRI, KURUNGLAH JARI SEKALI!

K

Sepatutnya bila kau duduk rumah, duduk diam-diam. Jangan kau tukar profesion jadi cybertrooper pula. Wall aku, aku punya suka, apa aku nak tulis.

Aku boleh terima kritikan tapi biar kau ada hujah yang solid sikit. Akak ni tiba-tiba datang wall aku nak sound-sound aku. Eh, apa yang aku sampaikan tu betul ke salah?

Kau nak jilat dia, pergi wall dia lah. Tanya dia sekali, dia rawat pesakit Covid-19 kat hospital mana kat London tu as a surgeon trainee. Nanti aku hantar member aku kat sana pergi ziarah.

Kau cerita pasal kisah dia tolong budak kanser mulut tu. Yup, effort yang baik. Aku respect. Tapi kalau kau look around, pakar-pakar di Malaysia panas hati sebab it was an insult to them.

Seolah-olah pakar dekat Malaysia ni bangang, takda kepakaran. Aku ada kawan yang terlibat dengan kes ni pun terasa hati dan rasa Amalina tak hormat diorang.

Just for your information, pakar-pakar dekat Malaysia ni pun dulu kebanyakannya belajar dekat oversea jua, tapi diorang balik ke Malaysia berbakti. Pakai duit rakyat Malaysia, balik berbakti untuk rakyat Malaysia.

Tak suka apa aku tulis? Jangan baca!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.