Semalam aku cerita seorang staff aku offer gaji dia turun sampai RM1000. Gaji dia baru dalam RM7,000*, suami, 1 isteri, 1 anak.

Tadi pagi sahabat tua aku call, dia kata Si K**** , seorang berbangsa Cina, wanita, bergaji RM25,000* bagitau dia, tak payah bayar gaji dia sampai 6 bulan. Untuk seorang wanita Cina yang setia dengan boss Melayu, agak ajaib sebenarnya.

Dari segi amount, wanita Cina itu nampak lagi hebat dan dia telah bekerja lama dengan sahabat tua aku ni. Dari sudut tanggungjawab pula staff aku mungkin lebih. Kerana dia suami dan ketua keluarga, masih muda dan pasti tidak banyak simpanan.

Apa kelebihan 2 orang ini?

1. Mereka faham masalah syarikat hilang punca pendapatan.

2. Mereka percaya kepada boss mereka boleh melakukan sesuatu setelah krisis selesai.

3. Mereka setia dan cuba memberi solusi dengan cara yang mereka mampu.

Staff korang camne pula? Korang pula macam mana dengan boss korang?

Inilah masa untuk tunjukkan siapa anda!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.