KENAPA WUJUD GOLONGAN YANG KEKAL BACKUP, MENYOKONG DAN MENYEMBAH KAUM KAPITALIS ELITIS SANG KORUPTOR?

K

1. Dia juga melakukan perkara yang sama, atau sedang melakukan perkara yang sama, atau merancang melakukan cara yang sama. Cara apa? Cara dapatkan dana dan cashout dana! Clear?

2. Dia ada kepentingan dengan sang kapitalis elitis korup. Contoh, ada contract iklan atau review. Kalau kau bersuara, nanti tak dapat dah job iklan atau review product-product dia nanti.

3. Dia ialah ejen cashout. Contoh : IT consultant dan renovation contractor. Dia dapat job dari kapitalis elitis korup dan diminta untuk cashoutkan portion-portion para koruptor.

4. Dia ialah antara kawan-kawan yang banyak terhutang budi. Kawan kalau tak terhutang budi, dia boleh diam sahaja. Tapi kalau terhutang budi, kenalah backup! Nanti takda duit nak pinjam siapa kan?

5. Dia dah biasa dapat hadiah, free gift dan mendapat undangan ke malam gala daripada kapitalis elitis korup tersebut.

6. Dia dah spend duit jadi ejen, beli product , pergi ke kelas kaum kapitalis elitis koruptor. Mereka ini jenis dalam in-denial syndrom sebenarnya.

7. Dia ni jenis macai politaik. Penjilat tegar /parti/kerajaan/institusi yang meluluskan dana yang dilacurkan. Takkan nak setuju pula kan? Nanti terpalit pula dekat parti/kerajaan/institusi yang dia jilat selama ni.

8. Pentaksub. Yang ni tak boleh cakap apa dah. Kalau dah level ni, level pengikut Ayah Pin dengan Haji Kahar.

9. Jahil murakkab. Jenis ni biasa suruh kita sangka baik je. Takyah gaduh-gaduh. Padahal dia tak faham.

10. Bangang teruk. Ini level Abu Jahal. Kau hantar Nabi explain pun, dia takkan terima.

11. Memang dia juga bangsa kapitalis elitis koruptor yang suka menindas rakyat marhaen.

12. Benci aku, memusuhi aku, dengki dengan aku. Ini jenis aku buat apa pun, walaupun aku tengah solat, dia akan kata aku tengah sembah berhala, dia akan kata itu marketing. Dia akan sokong siapa yang aku lawan, aku kritik dan aku tentang.

Harap korang tak masuk dalam senarai ini. Jauhi sifat feudal, kehambaan, dan masuk dalam projek pembodohan.

Bangkit!

#HAILB40

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.