NAK BUAT START-UP MESTI RUGI? JANGAN JADI MACAM MEGAH HOLDINGS!

N

Bila aku membangkitkan isu start-up sendu atau maksud sebenarnya start-up tak buat untung langsung tapi founder sembang kencang, akan datanglah makhluk-makhluk in-denial yang akan bagi contoh UBER.

UBER pun sampai sekarang rugi kata mereka. Yang lebih menarik ada yang masukkan juga TESLA untuk backup puak-puak start-up sendu ni.

Anyway, aku bukan anti budak-budak start-up ni. Aku juga pendiri start-up. Aku cuma tidak setuju dengan mazhab start-up sendu yang hanya mengejar valuation yang mereka sendiri sedar ianya tidak realistik.

Mereka lebih kepada gila populariti, tunjuk bagus, tunjuk hebat. Fokus mereka bukan membuat duit, tapi branding dan mencari dana. Banyak masa dihabiskan dengan menjadi Mat Pitching dan influencer sahaja. Ada sesetengah orang panggil mereka grantepruneur bukan entrepruneur.

Atas kertas yang official mereka rugi. Rugi teruk. Yang bernasib baik dapat geran dan vc, boleh survive. Tapi tetap tidak buat duit. Tidak untung. Ada yang tidak bayar gaji pekerja, epf dan socso tak bayar. Tak tau sampai bila boleh survive. Bila dapat fund baru, bukan digunakan buat modal untuk mencari keuntungan, tapi tutup lubang dan cash out.

YANG PASTI, START-UP YANG PERNAH DAPAT FUND, FOUNDER DIA ADA DUIT, BERKERETA MEWAH DAN BERMOTOSIKAL BERKUASA BESAR. TAPI SYARIKAT RUGI, TAKDA CASHFLOW YANG BAIK.

Aku pernah diapproach oleh seorang co-Founder start-up sendu sorang ni. Popular start-up ni. Dia pernah dapat fund juga. Gaya di Facebook macam duit banyak. Tulisan, masyaAllah! Macam dialah guru business terhebat dan idola start-up.

Sekali dia datang nak jual share. Sebab dah 3 bulan tak bayar gaji pekerja. Pada aku perangai tak bayar gaji pekerja adalah satu jenayah yang besar, bagaimana mungkin kau di media sosial poyo-poyo sembang hebat, bagi talk, jumpa orang besar-besar, cerita besar-besar tetapi gaji pekerja kau tak bayar!

Aku terus turn off. Lagi 1, kau nak orang invest untuk bayar hutang? Gali lubang, tutup lubang?! Aku tak boleh brain benda ni. Takkan ini ciri-ciri start-up yang boleh disamakan dengan UBER? Aku tanya dia kau ke hulu ke hilir bagi talk, pitching. Business macam mana? Dia jawab,

“Magic bayar aku bagi talk. Ada orang nak beli start-up XYZ aku ni, aku cash out lah. Buat benda lain..”

Sebenarnya, itulah mentaliti mereka. Untuk cash out! Sebab itu kalau kau meneliti laporan kewangan mereka, kau akan dapat melihat ruang-ruang cash out yang mereka lakukan untuk mengkayakan diri mereka.

Ya, founder atau owner jadi kaya, tapi syarikat rugi teruk. Kau cubalah beli laporan-laporan kewangan start-up Malaysia yang owner atau founder dia sembang dalam sosial media ibarat “Bobi boleh terbang melayang!”. Kau akan jumpa apa aku cakap tu.

Start-up kau macam UBER dan TESLA?

Apa start-up kau ada? Ada data berapa banyak? Ada berapa IP pegang? Patent ada? Berapa negara berjalan dengan baik?

UBER tu bapa segala e-hailing, yang pertama di dunia. Bermula di USA pula tu. Ada di banyak negara dunia. Kau pergi USA, Latin America, UK, Europe, kau pakai apa transport kalau kau tak cari UBER? Dengan menjadi yang pertama dan telah berdiri teguh di banyak negara, takkan potensi dia sama dengan start-up kau?

Dengan data yang banyak dan teknologi mereka ada, mereka boleh evolve untuk mencipta pelbagai product baru dengan menggunakan method, pengaruh dan data yang ada. Sebab itu wujud UBER EAT dan UBER WORK. Mungkin nanti ada UBER SEX, UBER JOB, UBER MEDIC, UBER GOPREN dan UBER MAID juga barangkali.

TESLA pula, sebuah syarikat inovasi. Elon Musk mula dengan dump duit dia sampai dia takda duit. Modal ratus juta. Dia pump duit dia sendiri masuk, bukan tarik duit company keluar. Takkan ia sama level dengan start-up kau yang buat platform pun pakai Magento. TESLA pegang beratus-ratus patent hasil research mereka buat. Start-up kau ada apa?

Pernah kau nampak ke Elon Musk poyo-poyo tunjuk lifestyle dia? Aku tak pernah nampak lagi lah. Kita tahu dia kaya sebab kita tahu company dia berjaya. Itu saja. Begitu juga founder kepada UBER kan? Ada dia pakai Supreme?

UBER dan TESLA telah listing di USA. TESLA adalah stock yang best. Lubuk para trader (investor) buat duit. UBER agak mengecewakan, tapi dengan potensi yang dia ada, aku percaya ia boleh kekal relevan.

Ironinya, jika UBER dikatakan overrated atau overvalued. Start-up kau pula? Fikir sendiri lah! Takkan start-up kau lagi berjaya? Tahun lepas rugi 10 juta, tahun ini rugi 20 juta, tahun Covid-19 ni kau boleh untung?

Investor tak tengok untung? Benarkah?

Kau sendiri kalau nak invest, kau nak invest dekat company yang untung atau rugi?

Nak yang bagi dividen sikit ke banyak?

Tabung haji bagi untung sikit pun kau dah meroyan! ASB kasi dividen rendah pun kau nak macam kena masuk saka!

By nature, apa yang kau cakap tu salah. Kau sendiri tahu.

Investor private nak buang duit dekat mana, aku tak pernah kisah, bukan duit aku. Diorang biasa ada bajet nak buang duit tu untuk tax dan csr. Tapi kalau company kau, duit kau, kau nak buang duit dekat start-up bangang?

Semua syarikat akan ada potential masing-masing. Tapi biasanya potential ni kita tengok dekat technology dan idea. Untuk nak provekan potential, mestilah kena boleh buat untung, ada sales. Kalau rugi pun, justified rugi. Potential + profit vs potential – loss. Mana lagi bagus? Ikut kau lah kan?

Kata sahabat aku seorang VC kental (venture capitalist),

“Aku tengok potential melalui data dan potential data coversion. Dari 1 applikasi, kau boleh create applikasi lain dengan data yang sama. Sebagai contoh GRAB. Dari taxi ke e-hailing, kemudian, e-wallet, GRAB Pay, dan GRAB Food..”

Tapi kalau agensi kerajaan, milik kerajaan, dana rakyat, kita berhak bising. Nanti ASB, ASN kau kurang dividen juga kan? Kau juga yang mantul!

Kah kah kah..

Lagi satulah, marketing or branding using founder/ceo/coo/cto lavish lifestyle is totally insult intelligence lah. Ini projek pembodohan rakyat!

Cilakalah sesiapa yang menyokong agenda projek pembodohan rakyat yang mengajar rakyat marhaen mendongak tinggi memandang kaum kapitalis elitis sang koruptor!

Cukup-cukuplah dalam drama ada Megah Holdings, takkanlah real-life pun kau nak rakyat kagum dan terkesima dengan gaya macam tu?!

#HEILB40!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.