INI CONTOH PROJEK PEMBODOHAN RAKYAT.

I

Katanya ia dimulakan oleh Universiti Apex USM! Menteri yang ada PhD ni pula follow. Perangai totok UMNOwiyun yang suka berhibur amat jelas ada dalam diri menteri pengajian tinggi (KPT) ini.

Menteri KPT sepatutnya bersifat ilmiah, saintifik dan meneraju academia. Bukan memacu hiburan. Sepatutnya, pertandingan invention ke? Inovation ke? Apps? Penulisan atau content video ilmiah dan kritis? Keusahawanan? Sukarelawan?

Bukan main tiktok. Sangat insult intelligence!

Dari dulu sampai kiamat insyaAllah, aku sentiasa percaya yang dunia hiburan tidak perlu dibiayai kerajaan, biarkan sahaja pihak swasta yang uruskan kerana munusia ini sudah lumrah akan berfikir untuk berhibur walau apa pun cara. Setiap manusia berhibur dengan cara masing-masing. Hiburan tidak akan menjadikan manusia makin cerdik dan makin baik.

Tetapi dunia academia memerlukan semua pihak, kerajaan, swasta, kau dan aku untuk terus menyokong dan bekerjasama bagi melahirkan masyarakat yang bebas dari projek pembodohan kaum kapitalis elitis penindas.

Mereka ini bukan sekadar menindas korang dengan wang ringgit, mereka juga memijak akal korang dengan hiburan yang berlebihan. Bila kau terleka, mereka merompak secara halus.

Orang muda! Bangkit! Jangan jadi puppet kaum kapitalis!

Aku teringat kata guru aku yang mulia,

“Biar kita jadi puppet master, bukan jadi puppet! Biar puppet yang memalukan diri, luka dan cedera. Kita duk diam-diam kira duit..”

Siapa sini kata main dan tonton tiktok boleh jadikan kau makin cerdik? Makin berakhlak mulia?

Ke mari kau!

Eh, si Noraini tu PhD holder bidang tarian ke? Confirm bukan sains..

#HEILB40
#ProjekPembodohan

https://web.facebook.com/aliff.ahmad.754/videos/pcb.222120479055139/222136195720234/?type=3&theater

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.