GURU KAU TAK MAKSUM!

G

“Pandangan manusia diterima dan ditolak kecuali Nabi.”

Ini prinsip seorang muslim dan gagasan Ahlussunnah!

Maka mungkin guru kau atau guru aku tersilap atau buat salah. Kalau dia salah, kau kena terima, dan perbetulkannya. Paling tidak, kau diamkan diri. Aku pula, jika guru aku langgar prinsip, aku akan meninggalkannya dan mengkritiknya pula.

Mereka yang mengenali aku, tahu betapa firm prinsip aku dalam hal ini. Guru-guru aku ramai yang aku kritik secara terbuka sebelum ini kerana mereka terkeluar dari prinsip. Sudah pasti aku mencintai para guru-guru aku, tetapi kebenaran lebih aku cintai.

Kebenaran juga mungkin datang dari orang yang kau benci, sebab itu prinsip yang Nabi telah ajar adalah melihat hujah, bukan melihat siapa. Islam tidak mengajar kita memaksumkan selain Nabi, maka memaksumkan guru atau ulama’ adalah kesesatan yang nyata.

Prinsip tabaiyun yang diajar Quran wajib digigit dengan gigi geraham.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”

Walaupun seorang fasik yang melaporkan, kita tetap kena selidik, hal ini telah ditunjukkan oleh Nabi dalam hadis Abu Hurairah tentang Ayat Kursi. Hadisnya panjang, aku ambil bahagian yang akhir. Kisahnya makanan Abu Hurairah sering dicuri. Sampai hari ketiga, Abu Hurairah menangkap syaitan yang mencuri makanannya.

“Pada hari ketiga, aku terus mengawasinya, ia pun datang dan menumpahkan makanan lalu mengambilnya. Aku pun mengatakan, “Aku benar-benar akan mengadukanmu pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ini sudah kali ketiga, engkau katakan tidak akan kembali namun ternyata masih kembali. Ia pun berkata,

“Biarkan aku. Aku akan mengajarkan suatu kalimat yang akan bermanfaat untukmu.”

Abu Hurairah bertanya, “Apa itu?”

Ia pun menjawab, “Jika engkau hendak tidur di ranjangmu, bacalah ayat kursi ‘Allahu laa ilaha illa huwal hayyul qoyyum …‘ hingga engkau menyelesaikan ayat tersebut. Faedahnya, Allah akan senantiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi hari.”

Abu Hurairah berkata, “Aku pun melepaskan dirinya dan ketika pagi hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya padaku,

“Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?”

Abu Hurairah menjawab, “Wahai Rasulullah, ia mengaku bahawa ia mengajarkan suatu kalimat yang Allah beri manfaat padaku jika membacanya. Sehingga aku pun melepaskan dirinya.”

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Apa kalimat tersebut?” Abu Hurairah menjawab,

“Ia mengatakan padaku, jika aku hendak pergi tidur di ranjang, hendaklah membaca ayat kursi hingga selesai yaitu bacaan ‘Allahu laa ilaha illa huwal hayyul qoyyum’. Lalu ia mengatakan padaku bahawa Allah akan senantiasa menjagaku dan syaitan pun tidak akan mendekatimu hingga pagi hari. Dan para sahabat lebih semangat dalam melakukan kebaikan.”

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda, “Adapun dia itu berkata benar, namun asalnya dia pendusta. Engkau tahu siapa yang bercakap denganmu sampai tiga malam itu, wahai Abu Hurairah?”

“Tidak”, jawab Abu Hurairah.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Dia adalah syaitan.”

(HR. Bukhari no. 2311)

Nah, kebenaran itu mungkin datang dari sesiapa sahaja. Maka bertabaiyunlah, selidik, kaji dan SCRUTlah supaya kau tidak kekal dalam kebodohan, dibodohkan dan memfitnah orang yang berada di atas paksi kebenaran.

Kalau aku salah, tunjukkan di mana salah aku secara ilmiah, penuh fakta yang sahih lagi sarih. Kalau aku salah, aku boleh minta maaf, aku tak ego untuk minta maaf. Selagi tiada yang buktikan aku salah, aku kekal dengan pendirian dan pandangan aku. Aku benar!

Kalau kau nak fitnah aku, letak nama penuh kau, dengan no ic kau. Aku saman, kau lawan dekat court, tunjukkan segala bukti atas apa dakwaan kau dekat aku di mahkamah. Kalau kau beranilah, kalau tak, aku doakan ditimpa fitnah yang dahsyat, jatuh muflis dan melarat.

Setakat ni, ramai yang fitnah aku, aku hantar LOD, terus delete dan buat senyap. Ada yang terus tutup Facebook dan tukar nama lain. Tak mengaku blog atau Facebook tu dia punya. Ya, mungkin hantu yang fitnah aku.

Aku ada di sini, aku kekal di sini!

Guru kau tak maksum! Cikgu kau penipu! Idola kau korup! Kawan kau jahat!

Terimalah hakikat!

😜

#HEILB40!
#NYAHKAPITALISJAHAT

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.