BAGAIMANA NAK SCRUT HAND SANITIZER?

B

Dewasa ini telah wujud bermacam-macam jenis hand sanitizer di pasaran. Dari artis, selebriti, influencer, tauke kosmetik timbang kilo, tauke vape dan tauke air gula! Semuanya telah mencipta jenama hand sanitizer masing-masing.

Aku faham, semua mengambil peluang ke atas “new normal” rakyat Malaysia yang sudah pandai menggunakan hand sanitizer. Bagus! Tahniah, anda semua memang proaktif dan progresif!

Cumanya baru-baru ini terdapat beberapa masalah yang datang dari hand sanitizer yang tiada kualiti atau lebih mudah kita panggil hand sanitizer sampah. Hand sanitizer sampah ini biasanya menyebabkan tangan pengguna kekeringan dan menggelupas. Ada yang menyebabkan kegatalan.

Yelah, ada yang bancuh sendiri di belakang rumah tanpa mengikut SOP pengurusan bahan kimia yang betul, ada yang sekadar beli timbang kilo tanpa memastikan ingredient yang digunakan mendapat kelulusan KKM atau badan yang diiktiraf KKM yang lain.

Antara sebab hand sanitizer itu bermasalah adalah ingredient yang diikrar tidak benar. Bahkan ada yang mengaku mereka memiliki sijil KKM walhal sebenarnya tidak. Hal ini jelas penipuan yang sangat tidak bertanggungjawab.

Sebelum aku nak sembang jauh, aku dan Abu Aisy telah menjalankan perniagaan medical supply lebih dari 4 tahun. Dia pula sudah 12 tahun dalam industri, graduan Biomedic-Microbiology dan pakar dalam bidang kekuatan lelaki. 😜

Selain supply barang-barang medical ke hospital kami juga jual kepada consumer dan juga mengimport dan mengexport barangan medical. Jadi produk-produk yang kami jual kepada consumer adalah produk-produk yang digunakan di hospital sahaja!

Sebagai contoh, hand sanitizer yang kami supply di Ifmal.

https://ifmal.com/…/pocket-hand-sanitizer-virus-tizer-70-…/…

Ia juga jenama yang sama kami supply kepada pihak hospital. Jika ia produk consumer driven seperti ubat kuat, ia pasti memiliki sijil FDA! Jadi kau jangan risau soal integriti dan keabsahan produk/jenama yang kami carry!

Syarikat kami berdaftar dengan KKM dan MDA. Jadi pasti barangan/produk/jenama yang kami bawa atau endorse sangat berkualiti tinggi. Kami nak meniaga lama ma! Syarikat kami established and audited tau. Walau takda fund PNB dan Khazanah.

Jadi, aku nak ajar korang semua hari ini, bagaimana nak mengesahkan produk yang ada dalam pasaran itu selamat dan ada sijil KKM. Jika benar dakwaan mereka, produk itu mesti ada nombor NOT. Jadi pastikan produk yang kau nak beli itu ada nombor NOT.

1. Kau pergi ke sini :

https://www.npra.gov.my/…/…/information/products-search.html

2. Hand sanitizer di bawah kosmetik, jadi pilih product category – Cosmetik.

3. Search by Notification Number (NOT No.)

4. Masukkan NOT No. product tersebut. Kalau ia benar-benar sudah berdaftar dengan KKM, nama product, NOT no dan syarikat yang berdaftar akan keluar.

Jika tiada, wallahu’alam. Aku no comment. Aku hanya sampaikan ilmu yang aku ada sepanjang supply barang medical ke hospital. Hospital akan minta NOT no yang disemak di NPRA. Ramai orang claim ada KKM, tapi belum tentu benar dakwaan mereka!

Jangan terus percaya!

SCRUT! Before YOU get SCREWED!

SCRUT for the TRUTH!

#HEILB40!
#NYAHKAPITALISJAHAT!

Ditulis oleh,

Aliff Ahmad III
co-Founder SCRUT
www.scrut.my

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.