Dikisahkan suatu hari yang gelap, sekumpulan sahabat ternampak Nabi berjalan dengan seorang wanita. Sekumpulan sahabat tersebut seolah-olah hendak buat-buat tak nampak.
Nabi terus pergi kepada mereka seraya berkata,
“Aku bersama isteri aku Safiyyah..”
Para sahabat terus mengatakan yang mereka tidak ada sangkaan buruk pun terhadap Nabi.
—-
Lihat betapa Nabi menjaga persepsi dari sangkaan buruk walaupun dia maksum dan para sahabatnya takkan bersangka buruk. Tapi Nabi tetap menjaganya.
Jadi para ulama’ yang mendapat gaji jusa/menteri dari dana rakyat melalui kerajaan, jagalah persepsi kalian, tunjukkan yang kalian bersama kami rakyat marhaen.
Jangan terlalu ego, sombong dan bongkak dengan kedudukan dan jawatan yang diberi sehingga teguran rakyat marhaen dibiarkan bagai angin berlaku.