TAKLID BUTA DAN TAKSUB MEMBABI BUTA ADALAH CIRI-CIRI PENYEMBAH SELAIN TUHAN!

T

Tidak boleh kita taklid buta kepada seseorang sampai-sampai ketika beliau tergelincir dalam suatu permasalahan, maka kita tetap mengikuti ketergelinciran beliau dan melupakan firman Allah Ta’ala dan sabda Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman tentang kaum nasrani dan yahudi,

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ

“Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah” (At-Taubah : 31)

Ayat ini ditafsirkan dengan hadits Adi bin Hatim radhiyallahu ‘anhu dimana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membacakan ayat tersebut kepada beliau. Kemudian beliau berkata : “Wahai Rasulullah, kami tidaklah menyembah mereka”. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أليس يحلون لكم ما حرم الله فتحلونه، ويحرمون ما أحل الله فتحرمونه؟

“Bukankah mereka menghalalkan untuk kalian apa yang Allah haramkan sehingga kalianpun menghalalkannya, dan mereka mengharamkan apa yang Allah halalkan sehingga kalian mengharamkannya?”. Beliau (Adi bin Hatim) berkata : “Benar”. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

فتلك عبادتهم

“Itulah (yang dimaksud) menyembah kepada mereka.”

—-

Sebelum itu, mereka bermula dengan menganggap ulama’-ulama’ mereka suci yang tidak patut silap. Silap mereka ditutup, didiamkan, ditakwilkan atau dinafikan. Orang yang mengkritik ulama’-ulama’ mereka dianggap memusuhi dan membenci agama.

Akhirnya, setelah ulama’-ulama’ mereka disucikan, maka fatwa songsang mereka juga dipersetujui dan kemuncaknya ia diamalkan kesesatan mereka seperti yang difirmankan Allah dalam ayat di atas.

Mengkritik para ulama’ bukan membenci agama mahupun menghina ulama’ tersebut, tetapi ia adalah syiar yang kita tidak mensucikan mana-mana manusia hatta para ulama’ sekali pun. Ulama’ ialah manusia biasa, bukan Nabi! Tidak maksum, pandangan dan perbuatan mereka boleh jadi betul, boleh jadi salah. Ia diterima dan ditolak!

Jadi, jangan sembah ulama’!

JANGAN!

#HEILB40
#ULAMAKBUKANNABI
#JANGANSEMBAHULAMAK

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.