BENARKAH ULAMA’ HANYA PEWARIS NABI?

B

Ramai sering berhujah dengan hadis ini untuk memberi keuzuran atau menutup kepada kesalahan dan kesilapan kaum agamawan, lebai, mufti atau ustaz-ustaz. Jadi, mereka dilihat kebal dan kalis dari sebarang kesalahan dan kesilapan. Aku pernah mengingat kawan-kawan kaum muslimin dan muslimat supaya menjauhi sikap mensucikan atau memaksumkan ulama’. Atau nama lainnya, menyembah ulama’.

Rujuk sini : https://bit.ly/2VTrKJu

الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ

“Ulama’ adalah pewaris para nabi.” [HR At-Tirmidzi]

Memang benar ulama’ itu pewaris Nabi, tetapi ulama’ yang bagaimana? Hadis yang mereka bacakan itu tidak lengkap. Hadis tersebut dalam versi lengkap adalah berbunyi :

إِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَاراً وَلاَدِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنَ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu. Barang siapa mengambil warisan tersebut dia telah mengambil bagian yang banyak.” [HR. at-Tirmidzi]

Ulama’ yang Nabi maksudkan ialah ulama’ yang mewarisi ilmu dari Nabi. Apa ilmu yang Nabi wariskan? Hanya 2 perkara, al-Quran dan as-Sunnah.

TETAPI!

Al-Quran telah mencela juga ulama’ dengan gelaran anjing dan keldai!

Ulama’ umpama anjing!

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ ﴿١٧٥﴾ وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ ۚ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ ﴿١٧٦﴾ سَاءَ مَثَلًا الْقَوْمُ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَأَنْفُسَهُمْ كَانُوا يَظْلِمُونَ

“Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (ulama’), kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda),

maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (darjat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menghulurkan lidahnya (juga).

Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka Ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim.”

Ulama’ seperti keldai!

لُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا ۚ بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat (kitab), kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.”

Allah juga mengecam golongan ulama’ yang hanya tahu menyuruh orang awam melakukan ketaatan tetapi mereka sendiri tidak,

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan (kewajiban) diri sendiri, padahal kamu membaca al-Kitab? Maka tidaklah kamu berpikir?”

Tidak cukup dengan celaan Allah dalam al-Quran, Allah tunjukkan kepada Nabi dalam perjalan Isra’.

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda:

رَأَيْتُ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي رِجَالًا تُقْرَضُ شِفَاهُهُمْ بِمَقَارِيضَ مِنْ نَارٍ فَقُلْتُ: مَنْ هَؤُلَاءِ يَا جِبْرِيلُ قَالَ: الخُطَبَاءُ مِنْ أُمَّتِكَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَيَنْسَوْنَ أَنْفُسَهُمْ وَهُمْ يَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلَا يَعْقِلُونَ

Pada malam aku di isra’kan oleh Allah, aku melihat orang yang mulutnya digunting dengan gunting-gunting dari neraka, maka aku berkata, “Siapa mereka wahai jibril?”

Maka dia menjawab, “Mereka adalah para penceramah dari ummatmu yang menyuruh orang melakukan kebaikan namun mereka melupakan dirinya sendiri, mereka membaca al-Kitab, tidakkah mereka berakal?”

Jadi berhati-hatilah dengan ulama’ sebagaimana Allah dan Rasul telah mengingatkan kita semua melalui al-Quran dan as-Sunnah. Ulama’ tidak maksum. Ada ulama’ yang dipuji, ada ulama’ yang dikeji. Mungkin ulama’ yang kita suka itu sebenarnya musang berjanggut!

#Jangansembahulamak

https://web.facebook.com/aliff.ahmad.754/posts/234169044516949

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.