Aku selalu pesan dekat staff-staff aku, korang kalau nak berjaya, korang kena bekerja macam Boss Mie!
Selagi korang tak mampu bekerja macam dia, korang jangan ada cita-cita nak ada apa yang dia ada. Korang jangan peliklah kalau Nissan GTR, Ferrari 458, 2 biji Vellfire , Audi RS5, BMW M6, Mazda RX7 bersusun depan rumah dia. Dia pakai driver, ada ramai bini dan gopren. Mungkin boipren juga dia ada barangkali! Who knows?
Jangan pelik!
Dia mungkin bukan selebriti start-up atau selebriti Facebook yang ramai follower dan bermegah-megah menunjukkan kekayaan dan kejayaan hidup. Berumah besar, berkereta mewah, sembang berdegar-berdegar. Bukan juga guru atau sifu yang berniaga kelas dengan teknik mengangkat diri. Tidak! Mazhab kami bukanlah mazhab menunjuk-nunjuk. Mazhab kami adalah,
“Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian!”
Magic sales yang dia miliki bukan kaleng-kaleng. Ibarat pelacur kelas atasan paling popular, sentiasa dinanti-nanti client bila dia datang menjual. Boleh menyebabkan client-client bargaduh berebut Q nak dengar dia menjual!
Kata client dan customer,
“Si Mie ni jual jarum patah pun orang beli!”
“Juraime ada? Akak taknak belilah kalau Juraime takda sini..”
“Akak mula-mula nak beli Corelle je, sekali dengan Noritake, Vision semua akak beli sebab Juraime..”
Tapi semua itu belum cukup untuk korang nak berjaya kalau takda usaha keras. Korang kena tahu dia tidur pukul berapa dan bangun pukul berapa. Sampai hari ini dia masih commit keluar jam 3 pagi untuk hantar barang dan terus jumpa client. Dia sendiri drive transport van ke Kuantan, Alot Setar dan Penang kalau driver dia buat hal atau tak cukup driver. Mungkin salah 1 sebab lain, dia tak mampu memandu laju walaupun ada supercar..
Aku memang selalu bising suruh dia ambil driver dan salesman lagi. Tapi, itulah driver dan salesman yang kami dapat, semuanya spisis take for granted. Salesman hanya tolong follow up hasil kerja lama dia. Bukan create new sales!So, memanglah kena sacklah lepas 2 bulan tak bagi hasil. Driver pula selalu datang lambat. Orang jawa mana boleh lewat-lewat ni!
Nah, kau baca bawah apa dia pernah cerita. Harap jadi pedoman lah!
—-
AKU, CINA DAN SALESMAN.
Aku bukanlah pendebat lagenda seperti Arul Kanda, Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli. Tapi aku juga menggunakan air liur untuk mencari rezeki. Bezanya aku bukan politikus, tapi seorang salesman. Salesman yang jujur lagi kacak! 😜
Masa aku kanak-kanak, aku sering melihat salesmen Cina datang mengetuk pintu rumah aku. Biasanya mereka datang berdua, lelaki dan perempuan. Yang amoinya pasti memakai skirt pendek! Dengan pelbagai gaya dan cara approach. Ada yang buat gores dan menang, ada yang bagi hadiah. Ada yang straight to the point!
Mak aku orang Jawa, orang Jawa ini punya adab dan akhlak yang sangat terpuji. Sesiapa saja yang datang mengetuk pintu, akan dijemput masuk, dihidang kopi atau teh. Termasuk komunis. Sampai orang ingat atok aku dulu talibarut komunis! Termasuklah juga salesman-salesman door-to-door ni. Dari periuk ajaib, kuali ajaib, komputer pembelajaran, alat kesihatan dan pisau serbaguna, semuanya mak aku layan. Ada juga yang terbeli!
Aku ketika itu masih kecil, melihat sahaja mereka yang tidak berapa fasih berbahasa Melayu melakukan sales. Pelat-pelat dan bersepah-sepah bahasa Melayu mereka. Tapi mereka begitu yakin, penuh semangat menjual barangan yang dibawa mereka. Bukan takda Melayu, tapi jarang-jarang. Sangat jarang!
Selepas aku tamat belajar, aku akhirnya terjebak juga dengan dunia sales. Bezanya aku menjual barangan perubatan. Aku dapat tawaran untuk sambung pelajaran dalam bidang perubatan (2nd degree), tapi bila difikirkan banyak faktor yang menghalang (termasuk kemiskinan keluarga), aku lupakan saja hasrat menjadi doktor. Aku memulakan kerjaya dengan berbekalkan ilmu dan pengetahuan aku selama 4 tahun di universiti. Ketika aku memulakan kerjaya salesman, pengurus aku juga orang Cina. Syarikat milik Bumiputera, tapi salesman paling tinggi jualannya adalah salesman Cina! Kebanyakan orang dalam industri, juga orang Cina. Kadang-kadang bila aku menjual, aku teringat ayat-ayat salesman Cina yang aku kira merepek dan misleading. Aku sebagai anak Jawa Batu Pahat, jati diri kejujuran itu aku gigit dengan gigi geraham!
Dalam apa-apa business, jika tiada sales, maka syarikat tidak menjana pendapatan. Sehebat mana operation, produk, marketing, dan pengurusannya, tidak bermakna jika tiada sales. Sales adalah tulang belakang mana-mana business. Sebab itulah, bila aku meninggalkan company yang aku kerja dulu, mereka terpaksa DOWNSIZE! Selepas pengurus Cina tu, aku penyumbang sales kedua tertinggi. Dan bila dia blah, sales aku paling tinggi.😎
Aku percaya, jika kau punya ilmu dan pengalaman sales, kau boleh lompat ke mana-mana bidang atau company. Jika kau seorang salesman yang berjaya, kau pasti akan membuka company sendiri suatu hari nanti setelah kau rasa rimas mengkayakan boss kau!
Dengan menjadi salesman lah, aku terbang ke serata dunia. Bahkan hampir setiap bulan aku terbang. Siapa sangka anak Jawa dari keluarga miskin dan daif ni, boleh terbang hampir ke serata dunia. Nak aku sebutkan semua negara yang pernah aku lawati? Tak perlulah rasanya. Nanti kata aku riak pulak.😛
Yang lebih melucukan, dulu ada kawan-kawan yang mengejek atau menyindir aku kerana memilih menjadi salesman. Tapi, mereka juga yang kerap datang meminjam wang dari aku. Mungkin mereka lupa dulu mereka pernah nganjing aku!
Bukan sekadar kawan-kawan, tapi masih jelas diingatan aku, macam mana mak aku diejek oleh SAUDARA sendiri, hanya kerana mak aku tak pernah minum Nescafe (kerana terlalu mahal bagi keluarga miskin aku). Sekarang, mereka yang menghina, mengejek dan melekehkan mak aku, aku tengok kehidupan mereka tak berubah. Malah ada yang melarat!
Selain dari menjalankan aktiviti sales, aku juga terlibat dengan marketing di IFMAL.com. IFMAL.com ni memang betul-betul mencabar, sebab ia “consumer driven”. Sesuatu yang berbeza dengan bisnes-bisnes yang pernah aku jalankan. Aku belajar menyusun strategi menggunakan logik sales yang aku ada, pengalaman setahun bekerja di pasaraya besar Pacific (The Store), dibantu nasihat kawan-kawan dan legend-legend dalam bidang marketing. Kau kena tau, sales dan marketing adalah 2 aliran yang berbeza tetapi ibarat irama dan lagu. Macam ahli hadith dan ahli fiqh! Berbeza tapi serupa!
Industri sales dan marketing ini sangat penting. Aku rasa kalau anak-anak Jawa menguasai industri ini, mereka akan menguasai dunia! Aku jarang nak tulis panjang-panjang ni. Tapi kali ini aku betul-betul nak kasitau semua orang, dunia sales dan marketing ini lebih daripada apa yang kau nampak!
Kau nak tau? Nak rasa?
Tak kira kau orang apa, Jawa, Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan! Ke mari kau! Akan aku turunkan “saka sales” aku kepada sesiapa yang berminat!
Di mana kau anak muda? Jangan kau terus menerus merintih menyalahkan kerajaan kini dan Najib!
Klik link di bawah dan baca! Aku tunggu siapakah yang layak aku jadikan padawan muda!
Rujuk tulisan asal beliau:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156796703473640&id=646043639