Bila orang tanya kuih raya paling aku ternanti-nanti. Aku akan jawab kuih bangkit nenek (moyang) aku di Batu Kurau. Aku panggil moyang aku nenek sebab nenek aku dipanggil opah. Orang Perok yeop! Korang gang T20, elitis dan kayangan mana tau apa itu kuih bangkit.
Selepas pemergian nenek, aku langsung tidak menemui lagi barang sesiapa pun yang mampu menghasilkan kuih bangkit sesedap itu. Telah banyak kuih bangkit mak aku cuba dapatkan untuk mengubat kerinduan kami pada kuih bangkit lagenda itu. Malangnya rasanya hanya so-so sahaja!
Mungkin pemergian nenek telah berakhirlah riwayat kuih bangkit asli yang sebenar. Aroma sabut kelapa dan loyangnya masih segar dalam ingatan aku. Rasanya pula masih belum hilang dari sensory lidah aku walaupun sudah lebih 20 tahun nenek telah pergi.
Aku memang tak suka pergi beraya ke rumah sesiapa pun sejak dahulu. Tapi, bila jemputan itu ada rendang kerang, satay dan KUIH BANGKIT, akan akan gagahkan diri untuk pergi.
Malangnya ternyata masih tiada lagi kuih bangkit yang mampu membuatkan aku tersenyum mengunyah kuih itu, yang ada hanya wajah kecewa di saat gigitan pertama..
Siapa sini pandai buat kuih bangkit atau kenal mana-mana kak yong atau tok wan yang pandai. Tolong kasi tau. Ana mau order!
Bangkitlah kuih bangkit!