UZAR : ANTARA AGAMAWAN YANG FAHAM TENTANG TEKNOLOGI BLOCKCHAIN

U

Uzar atau nama sebenarnya Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. Terkenal sebagai penasihat syariah dan pakar muamalat.

Orangnya sangat progresif, suka berniaga dan minat politik. Untuk orang yang kenal dia, dulu Abang Zahar ni kan pemimpin pelajar era reformasi. Cuma dia tak memilih jalan politik untuk membina career.

Mungkin ada isu sikitlah sebelum ini, kerana dia mempertahankan ijtihad kerajaan PH, supaya TH memindahkan aset ke syarikat SPV di bawah seliaan MOF yang diketuai oleh “chartered accountant” Lim Guan Eng. Rupa-rupanya beliau dilantik menjadi pengarah syarikat SPV tersebut! Wow! Berapa elaun/gaji/fee jadi director di situ? Boleh checklah di annual report syarikat SPV tersebut kan?

Jawatan politik tersebut tidak menafikan keilmuan beliau. Itu ijtihad beliau mengambil risiko menerima jawatan tersebut. Semoga Allah merahmati beliau dengan keilmuan beliau. Cuma di sini, aku nak cerita betapa mantapnya ilmu Uzar ini tentang teknologi blockchain.

Majlis Fatwa Perlis dilihat sangat mantap hujah mereka yang seakan mengkritik Majlis Fatwa Wilayah yang mengharamkan bitcoin. Kenapa? Kerana kertas pembentangan tentang bitcoin itu dibuat oleh Uzar. Uzar juga membawa expert opinion yang dikenali seorang yang ahli dalam teknologi blockchain, iaitu Dr. Norbik. Majlis Fatwa Wilayah bawa pakar mana? Entahlah..

Pembentangan beliau juga berjaya meyakinkan keseluruhan Ahli Majlis Fatwa Perlis termasuk yang tua-tua untuk menfatwakan bitcoin harus dan wajib zakat! Ohya, Dr. Ahmad Sufyan yang anti-bitcoin pun baru dilantik menjadi Ahli Majlis Fatwa Perlis pun tak berani nak kritik pandangan Uzar.

Tidak cukup dengan itu, Uzar juga pernah mengkritik (radd) ulama’ besar dalam dunia Islamic Finance iaitu Al-Allamah Syaikh Dr. Ali Qurrah ad-Daghi Hafizahullah dalam majlis syaikh secara terbuka. Hujah Uzar mematahkan kefahaman syaikh yang salah tentang bitcoin begitu ampuh, sehingga dilihat syaikh terkebil-kebil, tak boleh move on dan begitu beremosi. Biasalah, ego seorang ulama’ besar kan.

Aku mungkin ada perbezaan pendapat dengan Uzar dalam beberapa isu, perbezaan mazhab dalam usul dan interpretation dalil. Tapi keupayaan beliau memberi penerangan tentang bitcoin dan blockchain technology at a different level sangat wajar dipuji!

Rujuk minit ke-56 dalam link berikut :

Posted by ‎امين دوسكي‎ on Thursday, October 4, 2018

Kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga dengan Uzar kerana berani dan steady mengkritik ulama’ bertaraf dunia!

Wallahu’alam!

—-

Mencari kebenaran tentang bitcoin, blockchain dan matawang kripto?

Sila ke portal www.coin.my, baca secara percuma!

Malas nak baca di portal?

Boleh beli buku di link di bawah untuk mencari kebenaran..

https://ifmal.com/…/50-dalil-kenapa-anda-wajib-memiliki-bi…/

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.