KULIAH DUHA : ASAL PERKARA MUAMALAT ITU DIBOLEHKAN

K

Islam melarang kita berlebihan dalam berhukum terutama hal muamalat. Kerana itu kaedah menyebut,

الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإِبَاحَة

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus.”

Kaedah ini terpakai hanya untuk urusan dan perkara muamalat sahaja. Dalam urusan ibadah dan akidah adalah sebaliknya.

Jadi, dalam hal muamalat semua perkara adalah harus melaikan dibuktikan sebaliknya.

Sebagai contoh, air mineral. Air mineral adalah air. Air harus diminum walaupun tiada cop halal Jakim. Melainkan dibukti sebaliknya yang air tersebut telah dititiskan urine kambing betina. Begitulah juga susu dan apa-apa minumum lain. Jika ingredientnya tiada masalah. Maka harus untuk kita minum dan ianya halal.

Contoh lain, biskut import. Hukum biskut adalah makanan yang halal. Maka ia harus dimakan sekiranga ingredient semua halal. Maka ia halal walaupun tiada cop halal Jakim. Melainkan, dalam ingredient, tertulis ada campuran usus babi goreng. Maka ia haram kerana di dalam ingredient telah membuktikan sebaliknya.

Segala dakwaan perlu dibuktikan oleh sang pendakwa,

Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


البَيِّنَةُ عَلَى المُدَّعِي وَاليَمِيْنُ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ

Maksudnya: “Bukti bagi orang yang mendakwa dan sumpah bagi orang yang ingkar.”

[Riwayat al-Baihaqi (20990)]

Hal ini ditunjukkan ketika perang Khaibar, Nabi makan daging yang diberikan oleh orang Yahudi tanpa bertanya dah sembelih ke tak, ada cop halal ke tak. Nabi tengok ia kambing Nabi ngap. Nabi suruh sahabatnya jangan tanya, baca bismillah dan ngap! Sampai Nabi diwahyukan daging itu diracun dan Nabi tidak telan, dan terus buang.

Nampak, Nabi makan dulu, ada dalil haram, Nabi luah. Itu kaedahnya!

Jadi, janganlah kau berlebihan dalam hal muamalat. Muamalat itu luas dan perlu diluaskan. Yang perlu disempitlan adalah hal-hal akidah dan ibadah kerana ia perlukan petunjuk dari Allah dan Rasul. Kita tak nampak perkara ghaib dan tak boleh merekacipta ibadah baru.

Faham? Wallahu’alam..

Jangan jadi cam lebai bawah ni ya!

https://web.facebook.com/aliff.ahmad.754/videos/239204224013431/

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.