AL-IMAM AL-GHAZALI DAN KANCHAN TIRANA

A

Diceritakan Imam Ghazali pernah pada satu fasa berasa sombong dengan kefaqihannya. Sehingga satu hari guru beliau menyuruh beliau mencuci tandas selama beberapa bulan. Tujuannya adalah untuk menurunkan ego dan sombong beliau.

Filem P. Ramli Kanchan Tirana juga menunjukkan bagaimana Tirana Guru menghukum Kanchan untuk berendam di kolam rumah sehingga bunga teratai kembang kerana bongkak dengan ilmu persilatannya. Selama berendam, Kanchan bermuhasabah diri.

Jemaah Tabligh juga menganjurkan kepada graduan ‘alim untuk khuruj (keluar) selama setahun selepas tamat pengajian 8 tahun mereka. Juga untuk menurunkan sifat ego dan sombong selepas manjadi seorang yang ‘alim. Maklumlah, habis pengajian 8 tahun tersebut, maulana la gelarannya!

Jadi, nak menghilangkan sifat ego, bodoh sombong dan bongkak tersebut, bukan perkara yang mudah dengan sekadar memohon maaf. Mohon maaf demi kelangsungan perniagaan ini, semua kapitalis jahat biasa buat.

Kemaafan yang kita mahukan adalah keinsafan dan perubahan. Jadi ia perlu kepada masa. Terutama anak-anak bangsawan clustsr kayangan ini yang lahir di atas dulang emas.

Jadi aku cadangkanlah, lucutkan segala jawatan dia, suruh dia jadi guard dan penyambut tetamu selama 1 tahun. Biar orang bawah dia jadi boss dia. Biar dia dimaki dan diherdik atas kesilapan dan kebodohan dia. Suruh dia keluar 4 bulan IPB, insyaAllah insaf.

Kalau abang-abang dia tak sanggup buat, meh hantar ke syarikat aku. Jadi guard di Scrut Auto pun ok juga. Duduk diam-diam kat situ, belajar hormat orang. Takyah nak sembang jute-jute dah!

Barulah nampak betul real punya hukuman kan? Bukti memang serius menghukum untuk perubahan. Kalau anak aku, adik aku atau murid aku, memang aku buat camtulah..

#HEILB40M40
#NyahKapitalisJahat

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.