Mungkin ada yang perasan kami macam nak berperang dah sebelum ini. Tapi, alhamdulillah, berkat bulan Ramadhan ini, masing-masing turunkan ego. Maka, terleraikan nista-nista yang membungkam diantara kami.
Kudos to Abang Hezeri yang menerima pelawaan kami untuk berdiskusi. Sikap dan akhlak menerima teguran kami, menyebabkan kami terus percaya yang dunia ini masih ramai manusia yang belum korup!
Kami secara terbuka memohon maaf kepada kawan-kawan beliau dan fan-fan Careta jika ada terkasar bahasa. Demi Allah, kami bukan nak cari gaduh, kami hanya berkata benar.
InsyaAllah, nantikan kolaborasi SCRUT dan Careta nanti!
Ingat, SCRUT tetap liar dan indie!