Hari ni aku kemas-kemas harta karun yang ditinggalkan oleh guru kami. Chart-chart yang diplot dengan tangan menjadi bukti legasi research beliau yang kami warisi.
Tiba-tiba aku terjumpa sebuah chart yang panjang dan tinggi. Pastinya ia adalah chart index. Tertulis JSE OVERALL 100% COMPOSITES INDEX tahun 1997.
Tau apa tu JSE? Aku pun taktau. Aku pun google jela. Rupanya ia adalah Johannesburg Stock Exchange (“JSE”). Buat apa orang tua ni study JSE? Aku korek-korek lagi khazanah yang ada. Terjumpa pula stock di JSE yang dia study.
Dah nampak betapa deep ilmu yang beliau ada sampai ke Africa dia research. Taktaula untuk apa kan. Nanti aku tanyalah. Anyway, sifu-sifu saham korang ada tak research macam ni?