ADAKAH SAMPLING AKU CUKUP?

A

Aku memiliki bitcoin pertama ketika harga bitcoin USD50 dan kedua USD500. Lepas 3 bulan dia naik USD3000. Keuntungan 600% dalam masa 3 bulan. Adakah aku dikira pandai melabur?

Aku beli Etherium ketika harganya USD1, selepas 3 bulan, harganya USD300. Keuntungan 30000%. Adakah ilmu prediction aku benar?

Aku beli Ripple pada harga USD0.006 dan selepas 3 bulan juga, naaik USD0.30. Keuntungan 3000%. Adakah aku boleh claim aku berjaya?

Aku beli TESLA masa USD300 bulan 4 macam tu. Sekarang harganya USD1400. Keuntungan 400%. Adakah aku boleh claim aku trader berjaya dan jadi guru saham?

Tidak!

Kerana 4 kejadian itu berlaku kerana memang market tengah bullish. 4 sample tak cukup untuk jadi conclusion. Dalam setiap 4 sample itu, 3 bulan dan 1 trade tak boleh dibuat rumusan. Itulah statististic.

Aku perlukan lebih banyak sample. Sample juga bukan 3 bulan tapi sekurangnya 1 tahun. The more samples you got, the better conclusion you get. Sample bukan sekadar masa, berapa stocks dah diuji juga diambil kira.

Kalau kau nak kira last 4 months kau untung banyak masa kau kutip kat bottom lepas market crash, aku tunjuk kau punya lagi kau pengsan nanti. Tak, itu salah!

Kalau kau perasan, masa market dengan bullish macam nilah ramai guru-guru saham muncul buat kelas. Sebab dia tau korang tu bangang. Kau masuk sekarang, tunggu sikit dah naik. Kau happy, kau sembah guru scammer kau tu.

Sebab itu, aku minta 1-2 tahun punya trading history/record PnL. Supaya aku boleh tengok berapa kali dia trade setahun, bila dia trade, how persistant dan consistant. Berapa dia masuk. Bila dia masuk. Berapa lama dia simpan. Dalam 1-2 tahun itu pasti ada keadaan bullish, bearish, crash, range atau sideways..

Kalau system dia power dan berjaya, pastilah apa jua keadaan dia akan buat duit. Dia menjadi. Bukan setakat itu saja, kalau system dia benar, ia juga boleh digunakan di market seluruh dunia. Ibarat kereta, kalau ia kereta yang baik, masa jem ke, highway ke, laju ke, panas ke sejuk ke, hujan ke. Ia tetap berfungsi dengan baik.

Perkara-perkara yang aku minta adalah asas dalam pengiraan statistic. Ada yang in-denial, biasalah dah bayar ribu-ribu kan..

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.