“Dah tau pakai Axia Kompang tu, sedar dirilah kau takda duit!”
“Kau takda duit, jangan tint!”
Lihat, inilah sifat orang kaya barangkali, tak pakai Axia Kompang dan berduit. Dia hina orang yang takda duit supaya takyah buat tinted.
Walhal, pasti dan pasti dia tidak membaca dan menelusuri segala pembuktian dan keterangan yang aku kemukakan.
Aku tidak pernah setuju. Bahkan aku mengarahkan driver aku untuk blah je. Aku telah memberi persaksian yang kereta tidak ditinted.
Adakah bila Melayu menzalimi Melayu, segala nista dan kezaliman itu wajib disapu di bawah karpet dan didiamkan?
Adakah bila Melayu menzalimi Melayu, segala kaedah Islam seperti mubahalah dibuang dan fitnah dicipta?
Alangkah lucunya bangsa ini jika yang dizalimi tidak dibela, bahkan ditohmah dan terus dibuli. Bukankah solusi sudah diberi.
Mubahalah-lah jika kau berada di atas kebenaran dan aku yang berdusta.
Katakanlah, wallahi wabillahi watallahi, sesungguhnya kereta Axia Kompang Aliff Ahmad telah ditinted dan Aliff Ahmad telah berdusta. Wang RM470 itu diambil kerana kereta telah ditinted. Jika saya berdusta, laknat Allah ke atas saya!
Pasti, tanpa ragu-ragu aku akan membalas mubahalah tersebut. Aku ni orang biasa. Aku cuma ada keberanian ke atas kebenaran. Aku juga yakin laknat Allah bukanlah permainan. Tak kiralah walau kau ada kereta lagi power dari Axia Kompang!