Parti Muda Syed Saddiq (PMSS) – Adakah sebuah parti yang benar-benar merdeka dari PH, PN, DAP, UMNO dan PAS?

P

Parti Muda Syed Saddiq (PMSS) – Adakah sebuah parti yang benar-benar merdeka dari PH, PN, DAP, UMNO dan PAS?

Anak muda era ini tidaklah mendapat apa-apa sangat di zaman UMNO/BN atau PH. Termasuk aku sendiri dan rakan-rakan pun tak dapat apa-apa manfaat pun selama ini. Yang dapat hanyalah bala digital tax dari kerajaan PH.

Kami bekerja keras setiap hari. Kami tidak mendapat laba seperti Syed Saddiq yang bergaji puluhan ribu sehingga RM200,000 cash tersimpan di rumah untuk buat renovation katanya.

Untuk kerja pertamanya yang full time. Kami kira sangat bertuah. Korang anak muda yang kerja dah 5 tahun, boleh renovate rumah dengan cash RM200,000?

Kami juga bukan kroni-kroni Syed Saddiq yang dapat projek dari hasil bajet kementerian Syed Saddiq. Ada yang dijanjikan pelepasan PTPTN pun akhirnya Syed Saddiq suruh korang bayar balik bukan?

Syed Saddiq ini masih muda. Naif dan mudah ditipu. Sebagai contoh, ketika berwacana dia berbangga ada kawan dia dari peniaga pasar malam yang kini ada syarikat buku besar. Lagi satu, syarikat lori yang berjaya. Bila aku dengar je, terus aku tergelak. Anyway, korang boleh beli report 2 syarikat tersebut di Interepo (www.interepo.com).

Korang boleh belek sendiri adakah mereka ini berjaya atau tidak? Berapa revenue, untung rugi, dan berapa dana kerajaan dah disuntik? Syarikat mereka dah self sustain? Atau pun mereka ini hanya orang muda yang hidup dengan geran kerajaan.

1. The Lorry.
2. Dubook Press.

Teringat aku kata-kata seorang Marxist di Adelaide dalam cenference tahun 2015 kalau tak silap, (semaksud dengan itu)

“If you want to be politician, you have to be free from financial issue (problem), your business must self sustained by its own already, you must have 10-20 years saving.”

“If you and yourself still looking for money to survive, you will be the next corrupt politician, you will again steal our money and we will againts you.”

“If you do not have that quality, stop aiming into politics, become activist like us.”

Dalam masa yang sama aku lihat pendukung PMSS dilihat menyokong PH terutama ketika PRN Sabah. Soalan aku mudah, adakah Dato Seri Syafie Apdal seorang politikus yang baik? Tidak korup? Tidak merompak? Bersih? Cekap dan bijak?

Adakah PMSS akan bertempek dan menjilat PH? Jika begitu, PMSS ini ibarat blok pemuda PH sahaja. Jika itulah keadaannya, aku sangsi perubahan akan datang dari mereka. Kerana apa?

Jika mereka menang kerana dibela PH atau pro-PH (bersama) pasti mereka tidak akan menangkap para koruptor dari PH. Sebaliknya jika mereka mesra PN. Hal yang sama juga akan berlaku. Jadi, cycle sampah itu akan terus mengisi kepimpinan negara.

“Masuk politik bukan untuk jadi kaya. Tapi untuk habiskan harta. Kerana ia sebuah perjuangan.”

Sebab itu ideologi yang tertanam dalam diri kami sangat berbeza dengan PMSS. Selepas kami berjaya mengumpul RM1b, barulah kami akan masuk ke gelanggang. Bukan sekarang. Rilex, perlukan kematangan untuk berpolitik. Betul tak?

Kami orang muda yang bebas merdeka, bukan menjilat. Merdeka jiwa, merdeka akal, merdeka poket dan merdeka idea pemikiran. Kerana orang muda bukan penjilat. Orang muda bukan bakal penyamun.

Jadi apa beza #POM dengan PMSS. Bezanya sangat jelas. #POM takkan menjilat sesiapa pun. Sebab #POM akan mandiri dan berdikari.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.