Kaya Tapi Tak Cerdik?

K

Dalam hidup ini, aku sentiasa menjunjung tinggi ilmu, nilai ilmu dan punca ilmu. Walaupun aku bukanlah mat sijil dalam mencari pekerja. Kerna ilmu itu ibarat cahaya yang akan menunjukkan arah yang benar ketika kegelapan. Dengan ilmu kau akan dimuliakan dan dengan ilmu, dunia akan menyembah kau!

Pengalaman sepanjang menjadi majikan telah membuktikan sijil, banyak A, graduan dari universiti terkemuka, dalam dan luar negara tidak membuktikan seseorang itu ialah pekerja yang baik. Mungkin mereka hanyalah good student atau tak sesuai dengan environment syarikat-syarikat aku yang takda spoonfeeding dan mesti berdikari progresif.

Tetapi, tidak bermakna kau kena biarkan SPM kau atau pelajaran kau tidak ke mana. Unless kau berjaya menjadikan diri kau lebih dari nilai academia. Kau sendiri jadi subjek akademik atau product ciptaan kau jadi subjek. Sebagai contoh 2 orang dropout terkemuka, Bill Gates dan Mark Zuckerberg. Diri dan product mereka menjadi subjek kepada kajian akademik sampai ke peringkat PhD.

Jadi apabila aku terbaca dan terlihat gambar individu tersebut, aku tidak terus terjah. Aku lihat dia bergambar dengan Vellfire untuk memberitahu dia sedang berjaya. Kemudian aku scroll untuk tengok apa lagi benda poyo yang dia dah buat dan apa business dia.

Anyway, bergambar dengan kereta untuk tunjuk kaya adalah cheap marketing dan insult intelligence. Ini marketing murahan untuk memancing manusia. Pernah Warren Buffet buat macam tu untuk orang datang menyerah duit atau membeli stock Berkshire?

Rasa berjaya adalah sangat subjektif. Ada orang sanggup buat cheap marketing seperti tunjuk kaya, geli-geli laki bini dan video bajet-bajet bagus. Bila dia berjaya tarik sebahagian masyarakat dia rasa dia berjaya. Dia rasa orang lain tak berjaya walaupun jauh lebih pandai.

Nak bagitau, orang cerdik ni biasanya ada integriti dan ada maruah diri. Erti kaya mereka tak sama dengan orang tak cerdik. Sebagai contoh, aku tak minat jual kosmetik atau serum yang kau kutip dekat kilang oem lepas tu kau claim itu dan ini. Tanpa high impact research. Pada aku, itu scam product.

Aku juga tak sanggup menggunakan isteri sendiri untuk “dijual” dan dimakeup tebal-tebal (tabarruj) untuk tujuan marketing. Aku tak sanggup berlakon bergeli-geleman dengan isteri/family untuk merketing viral sampah. Aku tak sanggup nak jual dan tunggang agama untuk buat marketing. Aku tak sanggup melanggar batasan ilmu dengan exaggerate marketing yang bukan-bukan.

Itu yang aku nak sampaikan. Bukan orang cerdik tu taknak jadi kaya macam orang tak cerdik jadi kaya. Orang cerdik nak jadi kaya dengan gaya, mutu dan keunggulan. Tanpa sugarcoat dengan drama yang jijik. Penuh maruah tanpa menghina akal diri dan menghina akal manusia lain. Bak kata guru kami yang mulia,

“Kalau kau bangang, jangan ajak orang lain jadi bangang macam kau! Kau jadilah bangang sorang sorang-sorang!”

Aku lagi tak faham orang yang menggunak isteri sendiri untuk buat marketing. Menanggung dosa tabarruj, kemudian berzikir syukur dan tunjuk soleh sedangkan dia menjual isterinya ke mata masyarakat untuk mendapat secebis dunia. Ah, persetankan semua itu. Itu level orang tak cerdik memang begitu.

Berdasarkan carian dengan Interepo (www.interepo.com), budak ni tidaklah menjalankan perniagaan menggunakan syarikat (incorp) tetapi hanyalah partnership yang sudah berstatus expired. Kalau benar seorang usahawan berjaya, kenapa tak berniaga dengan penuh bergaya dengan syarikat SDN BHD.

Taknak audit? Taknak bayar cukai? Kurang bayar cukai? Mohon pihak LHDN menyiasat kekayaan luar biasa yang sering ditunjukkan.

Begitulah, masyarakat hari ini mudah terpedaya dengan gaya dan tunjuk kaya. Diulang sekali lagi, bukan semua orang nak kaya sanggup jual kosmetik timbang kilo atau produk psuedoscience yang boleh direpack di kilang oem dan buat marketing sampah.

Ingat! Definisi kaya orang bangang dan cerdik itu berbeza tau! Ilmu itu cahaya kebenaran, kaya itu mungkin rezeki, mungkin istidraj..

SCRUT for the TRUTH!

Get SCRUT before YOU get SCREWED!

#heilb40m40
#POM

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.