CERAI ADALAH PERKARA MUDAH DALAM ISLAM YANG SEBENAR..

C

Beberapa hari lalu, ada seorang peguam syariah mengatakan bercerai adalah perkara yang tidak baik. Aku tanya, apa hujah dia. Dia kata ada hadith Nabi yang mengatakan yang bercerai itu perkara yang dibenci oleh Allah. Maka harus dielakkan. Aku pernah dengar hadith tersebut dan aku tahu hadith itu tidak sahih. Tetapi dia menyatakan yang dia belajar itu dari textbook untuk menjadi lawyer syariah.

Aku teringat ada 2 hadith yang tidak sahih yang digunakan oleh lebai-lebai jahat untuk menindas wanita-wanita Islam. Antaranya hadith bergegar arasy Allah apabila bercerai, dan yang aku nak bincangkan di bawah.

Sebelum itu, adalah baik untuk aku ingatkan diri aku dan korang semua, tentang sebuah hadith yang sangat dahsyat. Ia sahih dan menjadi fiqh terhadap hukum mati terhadap mereka yang mencipta dan menyebarkan hadith palsu. Kata Nabi,

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

‎إِنَّ كَذِبًا عَلَىَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ ، مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

“Sesungguhnya berdusta atas namaku tidaklah sama dengan berdusta pada selainku. Barangsiapa yang berdusta atas namaku secara sengaja, maka hendaklah dia sedia tempat duduknya di neraka.”

(HR. Bukhari no. 1291 dan Muslim no. 4).

Terdapat hadith yang semakna dengan hadith di atas dan hadith di atas menjadi fundamental atau asas dalam perjuangan para ahli hadith. Kata para ulama’,

“Malaikat ialah penjaga wahyu di langit, manakala ahli hadith ialah penjaga wahyu di bumi.”

Maka, aku terus melakukan carian dan takhrij hadith tersebut. Aku menemui lafaz hadith tersebut berbunyi,

‎أَبْغَضُ الْحَلَالِ إِلَى اللهِ الطَّلاَقُ“

Perkara halal yang dibenci Allah adalah perceraian (thalaq).”

Hadis ini diriwayatkan dari Ibnu Umar dalam sunan Abu Daud dan Ibnu Majah. Hadis ini adalah hadis mursal. Ibnul Jauzi, ad-Daraqutni, al-Baihaqi dan Abu Hatim juga menghukum hadis di atas adalah dhaif kerana ia hadis yang mursal.

Ulama’-ulama’ hadith kontemporari seperti Syaikh Ahmad Syakir memberi tanda yang hadith tersebut tidak sahih.

Syaikh al-Albani dan Syaikh Syuib al-Arnauth juga mengatakan hadith tersebut dhaif.

Begitu juga hadith yang berbunyi,

‎تَزَوَّجُوْا وَلَا تُطَلِّقُوْا، فَإِنَّ الطَّلَاقَ يَهْتَزُّ مِنْهُ العَرْشُ

Maksudnya: “Berkahwinlah dan janganlah kamu bercerai. Maka sesungguhnya talak (bercerai) itu akan menggegarkan ‘arash.

”Hadith di atas dihukum palsu oleh para ulama’ hadith. Ibnu Jauzi memasukkan dalam kitab hadithnya yang bertajun al-Maudhu’at. Iaitu kitab himpunan hadith-hadith palsu.

——

Aku berpendapat bahawa penceraian adalah perkara yang baik apabila keadaan perkahwinan sudah tidak aman. Penceraian adalah solusi yang mana ia sangat mudah dan senang seperti yang ditunjukkan oleh Nabi dan para sahabat. Tiada petunjuk yang lebih baik dari Nabi dan para sahabat. Apabila salah seorang sudah tidak suka, maka penceraian adalah solusi.

Mana mungkin 1 syariat yang Allah telah tetapkan sehingga lahir 1 surah khas, tetapi ia disusah-susah dan dipayah-payahkan sehingga menyebabkan ada pihak yang tertindas dan dizalimi.

Dalam surah al-Thalaq, firman Allah SWT:‎

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ ۖ وَاتَّقُوا اللَّـهَ رَبَّكُمْ ۖ لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِن بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّا أَن يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُّبَيِّنَةٍ ۚ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّـهِ ۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّـهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ ۚ لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّـهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَٰلِكَ أَمْرًا

Maksudnya: “Wahai Nabi! Apabila kamu – (engkau dan umatmu) – hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah SWT, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah SWT (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah SWT maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah SWT akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain)”.

[al-Thalaq : 1]

Walaupun begitu, aplikasinya mestilah dilihat melalui praktik Nabi dan para sahabat ketika dalam kehidupan mereka.

——

Hujah pertama – Nabi juga pernah bercerai dengan mudah.

Jika penceraian itu dibenci oleh Allah, maka ia harus disusahkan bukan dimudahkan, mengapa Nabi Allah yang mulia juga menceraikan isterinya Hafsah puteri Umar apabila Nabi berasa tidak suka dengan tindakan Hafsah. Dengan mudah Nabi mentalakkan Hafsah. Diriwayatkan Nabi juga pernah menceraikan 3 lagi isterinya yang lain.

Umar bin al-Khattab mengatakan Rasulullah SAW telah menceraikan Hafsah tetapi Baginda SAW merujuknya semula (dengan Hafsah RA).

‎أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَّقَ حَفْصَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ثُمَّ رَاجَعَهَا

Maksudnya: “Rasulullah SAW telah menceraikan Hafsah RA kemudian merujuknya semula”.

[Riwayat Abu Daud, kitab Talak, bab Penjelasan tentang rujuk, no. Hadis 1943, Riwayat Ibn Majah, kitab Talak, bab Suwaid bin Said menceritakan kepada kami, no. Hadis 2006]

Telah berkata al-Kalbi: Sebab turunnya ayat ini (ayat pertama di dalam surah al-Thalaq) adalah disebabkan Rasulullah SAW marah dengan Hafsah apabila Baginda SAW memintanya untuk mendiamkan apa yang Baginda SAW ceritakan kepadanya tetapi dia (Hafsah) telah menceritakannya kepada Aisyah RA maka Nabi SAW menceraikannya dengan satu talak. Oleh sebab itu, turunnya ayat ini. [Lihat: Tafsir al-Qurthubi, 18:148]

Lihat, betapa mudah dan senang talak itu dikeluarkan. Sama ada ia sebagai pengajaran atau rasa tidak senang, itulah hak dan kuasa suami yang ditunjukkan oleh Nabi. Ada mana-mana wanita hari ini yang jauh lebih baik dari Hafsah?

——

Hujah kedua – Zaid bin Haritsah juga bercerai.

Siapa Zaid? Kenal tak? Dialah anak angkat Nabi yang sangat dikasihi. Juga sahabat Nabi yang pernah tinggal di dalam rumah Nabi ketika kecilnya.

Kisah Zaid menceraikan isterinya kerana berasa isterinya yang suka meninggi diri kerana darjat Zainab bin Jasy lebih mulia dari dirinya yang hanya budak suruhan Rasulullah direkodkan dalam surah al-Ahzab dari ayat 37.

Bahasa mudah, Zaid rasa tak senang, Zaid bersabar. Kamudian, Zaid ceraikan. Setel. Takda majlis hakam dan sulh bagai. Simple. Zaid pun tak merana, dia move on, kahwin dengan orang lain. Dapat anak nama Usamah yang legend tu. Yang memimpin tentera Islam seawal umur 18 tahun.

Cara Zaid bercerai senang ke susah? Senang! Zaid gentleman. Zainab pun steady. Takda kecoh-kecoh. Mereka bercerai bukan sebab Zaid ada scandal, bukan sebab Zainab kutuk Zaid dalam IG story atau meroyan dalam sosial media. Tak suka, chow! Easy.

——

Hujah ketiga – Sahabiah (sahabat wanita) minta cerai dekat Nabi kerana tak suka suami dia (sahabat juga).

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata : ‎

يَا رَسُولَ اللهِ مَا أَنْقِمُ عَلَى ثَابِتٍ فِي دِينٍ وَلاَ خُلُقٍ إِلاَّ أَنِّي أَخَافُ الْكُفْرَ، فَقَالَ رَسُولُ اللهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : فَتَرُدِّينَ عَلَيْهِ حَدِيقَتَهُ، فَقَالَتْ: نَعَمْ. فَرَدَّتْ عَلَيْهِ وَأَمَرَهُ فَفَارَقَهَا.

“Wahai Rasulullah, aku tidak mencela Tsabit dalam hal agama dan akhlaknya, akan tetapi aku takut akan kufur.”

Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apakah engkau mau mengembalikan kebun kepadanya?” Ia menjawab, “Ya.” Maka kemudian kebun itu dikembalikan kepada Tsabit bin Qais dan menyuruhnya untuk menceraikan isterinya.”

(Hadith Riwayat al-Bukhari)

Dikatakan isteri Tsabit sudah hilang minat dekat Tsabit. Lihat, Nabi tak halang-halang, tak suruh delay-delay, Nabi terus offer buat khulu’. Tsabit steady, isterinya pun ok. So setel. Susah tak cerai zaman Nabi?

——

Hujah keempat – Umar pernah menyuruh anaknya Abdullah bin Umar menceraikan isterinya yang dia tak suka.

Abdullah bin Umar merupakan salah seorang faqih yang 3 bersama Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Mas’ud. 3 Abdillah ini ialah orang paling alim selepas sahabat-sahabat senior sudah tiada.

Dari sahabat Abdullah bin Umar dia berkata :

‎كَانَتْ تَحتِى اِمْرَأَةٌ وَكُنْتُ أُحِبُّهَا، وَكَانَ عُمَرُيَكْرَهُهَا،فَقَالَ لِى :طَلِّقْهَا، فَأَبَيْتُ، فَأَتَى عُمَرُ رضى اللَّه عنه النَّبِيِّ صلّى اللّه عليه وسلم، فَدَكَرَذَلِكَ لَهُ، فَقَالَ النَّبِيُّ صلّى اللّه عليه وسلم : طَلِّقْهَا

“Aku mempunyai seorang isteri serta mencintainya dan Umar tidak suka kepada isteriku. Kata Umar kepadaku, ‘Ceraikanlah isterimu’, lalu aku tidak mahu, maka Umar datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan menceritakannya, kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadaku, ‘Ceraikan isterimu.’”

[Hadits Riwayat Abu Dawud 5138, Tirmidzi 1189, dan Ibnu Majah 2088. Hasan Shahih]

Lihat, jika bercerai itu dibenci agama. Takkanlah bila Umar tak suka menantu dia terus suruh cerai je. Umar dengan kita siapa lagi faham agama? Lepas bawa kepada Nabi, Nabi pun setuju dengan Umar. Isteri Ibnu Umar tu tidaklah sepuaka bini-bini korang kan? Kalau yang baik pun senang je sebut cerai, apalah pula puaka kan? Bini korang, siap kutuk korang lagi dalam sosial media, takkan tak boleh suruh cerai.

——

Jika ditelusuri praktikal-pratikal Nabi dan para sahabat, dapat dilihat penceraian atau proses penceraian adalah sangat mudah dan cepat. Bukan sesuatu yang rumit, yang perlu disusahkan dan dirumitkan.

Bersesuaikan dengan hadith Nabi,

‎عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا

Dari Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda: permudahlah dan jangan menyukarkan, berilah khabar gembira dan jangan membuat orang lari (menjauh).

(HR Bukhari No: 67)

Disebabkan penceraian juga adalah isu syariat, maka pandangan aku mengatakan ia juga perlu dibawa kepada naratif positif dan baik. Ia khabar gembira. Bukan naratif negatif atau khabar dukacita. Syariat itu perkara yang baik. Ia adalah solusi kepada masyarakat. Atas sebab itu ia perlu dimudahkan dan tidak disusahkan.

Masyarakat Melayu atau Islam menganggap penceraian adalah taboo yang negatif. Walhal penceraian adalah syariat yang disebut dalam Quran dan sunnah.

Kata Allah SWT:

‎وَإِن يَتَفَرَّقَا يُغْنِ اللَّهُ كُلًّا مِّن سَعَتِهِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ وَاسِعًا حَكِيمًا

Maksudnya: Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masingnya dari limpahan kurnia-Nya. Dan sesungguhnya Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Bijaksana.(Surah al-Nisa’: 130)

Wanita-wanita sering ditakutkan dengan kehilangan suami. Walhal Allah tela menjawab ketakutan itu melalui potongan ayat Quran di atas. Wanita-wanita Islam ditindas dan Islam dikutuk kerana hal penceraian.

Kata guru kami,

“jika benar-benar mahu bercerai, sepatutnya, urusan penceraian perlu diselesaikan selepas sahaja iddah habis, kerana itulah ruang masa syariah agar wanita itu boleh move on dan berkahwin dengan lelaki lain. Bukan ditindas wanita sehingga 1, 2, 5 dan 10 tahun untuk proses tersebut. Dah tua nanti siapa nak dah?”

———

Jangan takut untuk bercerai. Jangan takut melafazkan talak. Jangan takut untuk meminta cerai. Kita lebih tahu apa yang kita hadapi. Syariat juga tidak menghalang. Jangan siksa diri dengan perkahwinan yang kita ada rasa sangsi dan benci. Kita berkahwin kerana agama, maka kita bercerai juga kerana agama.

Hidup ini tidak semestinya dengan perkahwinan sahaja boleh bahagia. Bahagia itu kita pilih. Ada orang dia tinggal di bawah jambatan pun boleh bahagia. Ada orang tinggal dalam istana pun tak bahagia. Begitu juga kita. Dengan perkahwinan boleh bahagia, tanpa perkahwinan pun boleh bahagia.

Percayalah, Allah tidak tidur. Dia maha pengasih dan maha penyayang. Dia ada walaupun kita sedang lupakan Dia atau sedang mengingati Dia.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.