Aku tak kenal lebih dari Tun Rahah ialah isteri kepada Tun Razak, bonda kepada Najib Razak.
Dihujung usianya, beliau sempat melihat bagaimana kejatuhan parti suaminya dan anaknya sebagai Perdana Menteri. Sehingga rumahnya juga digeledah selepas itu.
Dalam waktu yang sama juga, beliau sempat melihat kebangkitan anaknya selepas kejatuhannya. Sempat juga melihat parti yang menjatuhkan parti suaminya tumbang kembali.
Begitulah dunia ini, ada pasang surut, timbul dan tenggelam. Hanya di sana nikmatnya kekal dan bahagianya selamanya.
Semoga bonda negara ini ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un..
Belasungkawa..