Alhamdulillah. Aku takdalah garang camni. Takdalah sampai bawa keluar pistol. Mamat CEO Tabung Haji ni pada aku ok je.
1. Dia bukan maki staff dia. Dia maki vendor.
2. Kalau dia maki staff pun, itu bukan isu besar. Korang tak pernah maki orang? Tak pernah mencarut?
3. Oh, mungkin sebab dia pegang subsi TH, sebuah organisasi Islamik. Maka kena bersopan santun ikut specs budak usrah?
4. Company bukan bapa dia punya pun dia steady dan agresif. Baguslah. Selalunya bukan company sendiri, perangai cam korang je kerja. Kan?
Kesilapan dia pula adalah :
1. Dia tak sebut ayat coverline. Contoh ayat coverline adalah,“Saya marah ni sebab company ni duit TH. Duit rakyat, saya ni jaga amanah rakyat. Saya taknak kena jawab depan tuhan kelak.”
2. Benarkan staff angkat phone. Aku tak boleh bayangkan camne staff yang rakam tu nak hadap dia.
3. Dia pergi minta maaf pula. Patutnya cakaplah, saya bukan mencarut. F*ck ni ada naratif maksud lain seperti cilaka dan bangsat. Alah, kan dulu ada ulama’ kata Allah pun mencarut, Allah samseng.
Anyway, lebih baik kau mencarut dari kau ana enta enti tapi samun duit syarikat. Makan harta anak yatim.
Kan?
Ke guane kita?