PERANG COP HALAL DI AUSTRALIA

P

Bisnes mengeluarkan cop halal di Australia adalah bisnes yang sangat menjanjikan kekayaan. Bukan di Australia saja, di mana-mana negara bukan Islam, ia adalah bisnes yang sangat bagus. Bisnes yang hanya menjual cop!

Siapa belum baca, baca dulu sini :
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/401693761097809/?d=n

Ketika aku di Australia dan berkawan-kawan dengan gang cop halal ni, aku dapati cop halal ini dijual dengan charge AUD0.60 1 kotak dulu. 1 kotak dalam 12kg. So, korang boleh kira sendirilah. Kalau kilang sembelihan itu besar, sehari paling kurang 10,000 kotak. Masyuk tak?

Itu sebab aku pun dulu ada cita-cita nak buat cop halal aku sendiri. Kilang-kilang sembelih ni bukan kisah apa jenis cop halal, diorang nak ada cop halal je. Sebab kebanyakannya owned by non-muslim, dan method mereka sama je, potong leher buang darah.

Nak buka company cop halal ni tak susah. Kau hanya perlu seorang syaikh, ada SOP, ada team inspector dan ada team pelobi. Kau dapat lock 1 kilang, kau dah kaya. Lepas tu, untuk menjadikan cop halal kau lebih power, kau kena lobi pula organisasi negara lain untuk iktiraf kau seperti JAKIM.

JAKIM ni ibarat first class punya cop halal. Kalau dapat, mana-mana negara Islam pun terima. Sebab itu kebanyakan organisasi cop halal di Australia cuba mendapatkan pengiktirafan JAKIM. Di situlah mulanya cerita perang cop halal di Australia.

Aku ni terlibat dalam ini drama sebab 3 perkara :
1. Aku ada kawan yang ada abattoir sendiri nak dapatkan cop halal JAKIM direct kerana malas nak melayan gang cop halal Australia.
2. Aku juga baik dengan kawan-kawan dari AFIC yang ditarik pengiktirafan dari JAKIM. Sampai hari ini AFIC takda JAKIM punya pengiktirafan. Tapi pada aku, AFIC yang terbaik.
3. Aku sendiri pernah ada AP. Rujuk balik.
(https://www.facebook.com/100037715657121/posts/400964064504112/?d=n)

Perang cop halal bermula apabila JAKIM menarik balik pengiktirafan terhadap beberapa organisasi cop halal Australia. Kemudiannya, JAKIM memberikan kepada SICHMA, sebuah organisasi baru. Yang menariknya, attache halal JAKIM di Australia ketika itu ialah Dr. Sirajuddin. Kini Dr. Sirajuddin dah jadi boss Majlis Halal kan?

Aku tak pelik dan hairan gambar-gambar Dr. Sirajuddin dengan boss SICHMA dikeluarkan. Memang itulah gambar-gambar yang gang di Australia pakai untuk kata Dr. Sirajuddin ada kautim dengan boss SICHMA. Diorang cakap Dr. Sirajuddin dapat USD0.02 untuk 1 kotak.

Semua itu hanyalah tuduhan. Aku pun taktau adakah betul atau tidak. Kemudian adalah cerita konon dari staff dia sendiri, ada SD bagai. Memang itulah yang dituduh oleh mereka di sini. Tapi, bila aku minta bukti video, haram tak kasi. Tiada juga sabitan bersalah di Australia. Aku tak berani nak cakap lebih. Wallahu’alam!

Aku rasa tak logik di alam cyber dan teknologi ni takda rakaman walhal kau kerja di situ. Buat SD ni, Tun M ada SD orang tuduh dia rasuah, Anwar takyah cerita, Najib pun ada. SD tak jadi bukti. SD boleh direka-reka. Islam mengajar kita tabaiyun dan orang yang menuduh wajib mengeluarkan bukti. Sampai hari ini, aku tak dapat lagi. Jadi aku tawaqquf. Maka, baliklah kepada hukum asal.

Jadi, adakah cop halal dari SICHMA haram. Jawabnya tidak. Ia halal. Harus selagi tak dibuktikan sebaliknya. Lagipun, untuk pengetahuan korang, agensi yang menjaga rumah sembelih di Australia jauh lebih strict. Rumah sembelih mereka jauh lagi bersih. Siap dengan CCTV. Kalau ada dispute, dah lama kena. Aku tak percaya diorang kutip bangkai jual. Kalau benar, buktikan.

Ibn Abbas R.Anhuma berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :‎
لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لاَدَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ وَلَكِنَّ الْيَمِينَ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْهِ
Maksudnya : Sekiranya diberikan kepada manusia itu semata dengan mengikut dakwaan-dakwaan mereka, nescayalah orang ramai akan mendakwa darah dan harta orang lain (sebagai milik mereka). Akan tetapi sumpah itu adalah ke atas mereka yang dituduh. (Riwayat Muslim (1711))

Manakala dalam sebuah riwayat yang lain daripada Ibn Abbas beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
‎الْبَيِّنَةَ عَلَى الْمُدَّعِي، وَالْيَمِينَ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ
Maksudnya : Bukti ke atas orang yang mendakwa, sumpah ke atas orang yang mengingkari tuduhan ke atas dirinya.Riwayat Al-Baihaqi dalam Al-Sunan (10/252)

Dua hadis di atas telah menjadi kaedah dalam fiqh iaitu,
“bukti ke atas dakwaan.”

Pasal daging kangaroo pula, memang favourite aku. Aku memang suka makan daging kangaroo. Sebenarnya daging kangaroo ni kalau diexport ia akan jadi mahal. Ya, kangaroo dianggap pest di Australia, tapi bukan semua orang dibenarkan tangkap dan bunuh kangaroo.

Nak tangkap kangaroo ni pun bukan senang, tak macam kambing dan lembu yang kau boleh bela. Tak pernah pula aku dengar orang farm kangaroo. Aku pernah je terfikir nak bawa masuk, tapi mahal gila. Taktau plak daging mahal boleh guna untuk kasi untung banyak kan?

Antara perkara yang aku pertikaikan kawan-kawan aku di Australia dulu adalah,
1. Kalau benar SICHMA menipu, kenapa tak report pihak berkuasa.
2. Kalau benar Dr. Sirajuddin rasuah, kenapa tak report pihak berkuasa.

Sampai hari ini aku tak dapat jawapan yang pasti. Aku memang tak suka SICHMA, aku juga ada isu dengan Dr. Sirajuddin. Nanti aku cerita pengalaman aku deal dengan JAKIM dan Dr. Sirajuddin.

Tapi, aku takda peluru perak untuk “membunuh” kedua mereka. Aku takut peluru aku tersalah bunuh. Prinsip syariah yang aku belajar dan pegang menghalang aku dari melakukan fitnah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Maaidah: 8.)

Siapa yang rasa dia boleh buktikan, dia boleh terus menuduh. Aku takut aku tak boleh pertahankan diri di depan Allah tuhan yang menguasai hari pembalasan. Inilah komentar aku bersama pengalaman aku.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.