OPEN DISCUSSION ON STOCK TRADING SYSTEM.

O

Mula-mula sekali, nak kasitau, aku bukan sifu, aku bukan chip, aku bukan guru. Aku tak buat kelas mengajar, aku tak buat duit dengan mengajar saham.

Aku ialah orang yang sentiasa skeptikal dengan norma-norma yang melanggar ilmu-ilmu yang aku pegang. Terutama bila melibatkan isu saintifik dan syariah, fakta dan data.

Selepas aku kenal dengan saham, dengan kajian aku, backtesting terhadap segala-mala indicator standard yang ada dalam dunia ini, aku keluarkan hipotesis atau usul fiqh, yang berbunyi,

“Asal guru saham itu scammer, melainkan dibuktikan sebaliknya..”

Kenapa, sebab aku sudah buat backtesting dan aku tau segala indicator standard tidak efficient dan tidak jadi. Dan aku telah jumpa ramai guru saham ni jadi kaya bukan sebab dia trading, tapi buat kelas. Tapi, aku tetap bagi benefit of doubt kepada sesiapa sahaja yang boleh membuktikan aku salah.

Malangnya, tiada satu pun guru saham yang berani datang. Hatta, budak yang dulu pinjam duit aku ketika di Adelaide pun begitu bongkak dengan 10% sebulan boleh beli iphone 12, aku dah mesej privately pun tak barani respond. Kenapa takut?

Dalam banyak-banyak sifu saham ni, Najib Saahari ni aku rasa paling ok. Kenapa? Sebab harga kelas dia murah. Lagipun dia pernah hubungi aku nak buat robot forex dia dulu. Dalam masa yang sama dia juga schoolmate Nik Izwan Kamel dan Muaz Mahmud di TIKL.

Beberapa hari lalu, Nik Izwan Kamel tag aku di wallnya, diorang friend, ajak aku dengan Fdaus Ahmad untuk join kelas saham Najib Saahari. Aku baru nak reply dah kena delete. Boleh rujuk posting sebelum ini.

Aku pun taglah rakan seorang lagi Radzi Tajuddin untuk sama-sama memeriahkan majlis dia. Sekali dah kena delete. Aik, apa yang dia takut sangat dengan kehadiran kami? Kalau betul ilmu dan teknik dia legit kenapa perlu rasa cemas. Kami ni semua kawan-kawan dia kan.

Mungkin dia rasa kalau kami masuk kelas dia tak cukup style. Mungkin dia mahu yang lebih mencabar. Baiklah. Sebagaimana aku pernah ajak dia untuk open debate dengan dia dulu dalam isu bitcoin dan dunia crypto, hari ini aku nak ajak dia, kalau berani kita buat open discussion secara terbuka system atau teknik yang dia ajar dalam kelas.

Kita boleh mulakan dengan backtesting indicator yang dia gunakan, kemudian kita backtesting signal yang dia ajar, akhir sekali backtesting tenknik entry dia. Kita buat secara saintifik menggunakan random backtesting dan statistical analysis.

Kita buat secara live, terbuka dan dirakamkan. Aku tau dia takkan berani. Sebab dia tau apa dia buat. Haha. Tapi takpalah, aku kasi benefit of doubt dekat dia. Kalau dia boleh buktikan dia adalah sebaliknya. Kan ke bagus?

So, nanti usul fiqh aku akan dikemaskini menjadi,

“Asal guru saham itu scammer melainkan Chip Najib Saahari..”

Steady! Kan?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.