HSR – BAIK ATAU BURUK?

H

Aku orang yang tidak bersetuju dengan HSR jika ia melalui Tambak Johor. Tetapi jika melalui bawah laut aku setuju. Macam UK-Paris train connection.

Kenapa aku tak setuju. Kerana HSR ini akan menutup peluang tambak Johor dibuka. Pembukaan Tambak Johor sangat perlu pada aku. Jambatan bengkok adalah solusi yang baik.

Supaya kapal dagang boleh lalu. Perairan lebih bersih. Kapal selam pun boleh nak melintas. Tak perlulah kapal-kapal ni lalu ke Temasik lagi. Barulah pantai-pantai di JB pun bersih sikit. Pelabuhan-pelabukan di Johor pun boleh up.

Cukuplah train laju sampai ke JB. Takda jaminan pun pelancong dari Temasik akan nak ke Malaysia. Mungkin Johor boleh buat something supaya pelancong dari Temasik stim nak datang Malaysia selepas bekerja di sana.

Sampai bila kau nak jadi bangsa dan negara mengharap dari spill over atau sisa pengunjung dari Temasik. Kita buat negara kita power. Supaya orang nak datang Malaysia, bukan Temasik!

Korang jangan pening-pening. Nanti aku jadi PM, aku buka Tambak tu. Kita buat jambatan bengkok. Takut apa dengan diorang. Diorang tambun laut takda kira kita pun.

Ke pemimpin kita banyak makan rasuah dari lobiyist dan loyalist Temasik sampai takda telur?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.