Pernahlah aku pakai elok sikit. Baju berkolar yang dibeli borong di Bichester Village dan berkasut kulit murah. Berjalan di pinggir menara jagung berkembar.
Tiba-tiba, ada awek sorang ni, duk pandang-pandang aku, tersenyum-senyum. Lepas tu dia lambai-lambai dekat aku. Oh mungkin dia kenal aku. Aku senyum jela.
Aku sangka mungkin awek-awek Klang yang pernah mendamba cinta aku di zaman persekolahan. Atau mungkin secret admirer aku di zaman belajar. Atau mungkin juga awek-awek yang pernah aku kenal masa pergi khemah ibadah.
Laju dia berlari anak ke arah aku. Terus dia sapa aku,
“Awak, awak pernah sekolah di Kajang?”
Mungkin muka aku yang soleh dan penuh keimanan disangka bekas pelajar sekolah Maahad Hamidiyah ataupun SMAP Kajang.
Aku jawab tak.
“Saya sekolah Henry Gurney di Melaka dulu.”
Dia terpinga-pinga.
“Sekolah apa tu? Tapi awak macam batchmate saya..”
Aku cuba menegakkan benang basah selepas merasakan dia hanyalah adik-adik yang tidak tahu erti kehidupan sejagat..
“Henry Gurney ni sekolah asrama penuh no 1 negara. Nak masuk pun requirement tinggi.”
Disebabkan dia macam dah blur. Dia terus ajak aku minum. Aku jawab
“Takpa, saya ada hal. Rasanya awak dah salah orang.”
Comel juga sebenarnya awek tu. Rasa macam menyesal menolak. Tiba-tiba rakan lelaki dia datang.
“Abang kerja Petronas?”
Aku jawab tak. Dia terus cakap dekat awek tu,
“Bukan batchmate kita ni. Salah orang.”
Terus mereka minta diri. Lepas aku berjalan pergi aku lihat mereka terus menerus menegur orang.
Ah, rupanya budak Unit Trust!
Jilaker!
Patutlah dia tersenyum-senyum cari budak Petronas rupanya! Nasib aku bukan budak Petronas. Untunglah korang kerja Petronas, ada ramai batchmate!