YB RARA MENGAKU DIA MAMPU BELI BASIKAL MAHAL SELEPAS JADI YB..

Y

Alhamdulillah. Ini pengakuan yang jujur. Baguslah. Dia ngaku dia mampu beli basikal mahal selepas jadi YB 2 tahun. Selama dia jadi jururawat peribadi dan budak bekam, dia tak mampu beli pun. Kan? Dia juga mengaku harta termahal. Masyukkk YB!!!

Anyway, aku bukanlah nak tembak sesiapa secara spesifik pun. Aku ambil contoh saja. Equationnya, kalau kau tak jadi YB, kau ada tak gaji besar macam jadi YB. Itu je? Faham tak? Nak abang tolong lukis? Dan kau mungkin tak mampu nak beli senang-senang basikal mahal macam tu kalau kau hanya kerja biasa-biasa macam kami marhaen ini.

So, apa yang kau cuba sampaikan YB dengan bagitau kau pernah kerja banyak tempat? Nak kasitau kau sebelum jadi YB lagi masyuk? Lagi kaya? Oklah, kalau kau sembang dengan budak bingai lain, mungkin diorang akan angguk-angguk dan geleng-geleng sahaja. Tapi kau tengah cakap dengan orang yang berminda skeptikal dan bermazhab evidence based. Aku bagi benefit of doubt sikit.

Maka, aku minta YB Rara untuk lampirkan slip LHDN dan EPF yang menunjukkan kau memang bergaji besar dan masyuk sebelum kau menjadi YB. Takkan gaji besar tak bayar LHDN lebat kan? Takkan gaji besar EPF ciput. Ke nak aku minta bank statement kau? Proof of fund?

Bila orang tanya pandangan aku tentang YB, aku jawab mudah,
“Dia cantik tapi tak cerdik.”

Dapat dilihat dengan tuduhan atau telahan YB yang menuduh aku kata bila dah gaji besar tak sedekah dekat marhaen. Boleh tunjukkan di mana ayat itu? Jika ada boleh aku perbetulkan. Aku tak pernah kisah pun pasal duit kau. Sebab aku tau, segala politikus kebanyakannya memang jadi politikus untuk kaya dan jadi senang termasuk YB Rara juga. Kecuali..

DR. JEYAKUMAR dari PSM!

Kalau YB benar-benar telus, boleh belajar dengan Dr. Jeya, dia tunjuk semua transaksi elaun MP dan segala peruntukan secara telus dan terbuka. Berani? Kalau YB tak boleh buat takpa, sebab aku tau kau takda beza dengan politikus lain. Kau pun mungkin baru merasa gaji 5 angka kan?

Lagi 1 YB, janganlah nak koyak sangat. Aku tengah trending bab basikal, so kau dengan Saddiq lah yang aku nampak. Aku dah bagi cadangan dan cabaran untuk kau buktikan kalau kau memang dah masyuk sebelum jadi YB. Atau buat macam Dr. Jeya.

Sahutlah kalau telus dan jujur. Ke DAP pun parti sembang kencang bawah terowong dasar laut?

ps : untunglah YB ada orang taja gheta, kami ni takda orang nak taja, naik Axia Kompang ja..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.