NAK BER”BMF” BIAR KONSISTEN BRO!!!

N

Ramai betul nak ride wave yang berlaku pada posting semalam tu. Ramai yang #intoscene nak jadi popular kot barangkali. Cumanya aku tertarik dengan posting yang memberi komentar tentang posting aku yang ditunjukkan oleh sahabat aku ini.

Ia ditulis oleh Nordin Mat dari GTR. Aku tak kenal siapa dia. Tapi aku biasa nampak posting-posting dia dalam group-group BMF. Cumanya aku berasa hairan, kenapa dia nak salah ertikan posting aku? Seolah-olah aku dengki. Aik, dia ni pandai membaca ke tak.

Sepatutnya sebagai pejuang BMF, dia patut happylah aku memberitahu maklumat kebenaran, dengan data dan fakta. Ke dalam kira-kira mazhab BMF sebenarnya 1.3% pemilikan dikira syarikat milik Melayu, Muslim dan Bumiputera? Lepas syarat BMF?

Atau mungkin disebabkan dia kenal syarikat tersebut dan wakil Melayu dalam tu, maka terus tertanggal jubah BMF yang selama ini dia laung-laungkan. Dia masuk ahli GTR, terus masuk Melayu? Khatan siap? Mana salam BMF? Mana perjuangan BMF?

Kalau dirujuk posting-posting dia, nampak begitu bersungguh dia dengan kempen BMF. Sampai Global Ikhwan (Arqam) pun dia support. Asal bukan non-Muslim rasanya.

Nanti Lam Soon bagi 0.3% dekat seorang Melayu, terus jadi Melayu dah Lam Soon? Lam Soon masuk ahli GTR, terus jadi Bumiputera?

Kartun sangat!

Nak berBMF, biarlah konsisten bro! Berlaku adillah, baru dekat dengan taqwa!

Salam BMF.

Nak promote product mana plak yer untuk iklan? Ha, siapa nak makan daging rusa, boleh ke D’Bilut Agro Farm lepas habis PKP!

Harap Nordin Mat ulas juga posting ni dekat wall dia :
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/420386795895172/?d=n

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.