BMF – KEMPEN YANG SEDANG KEPENINGAN?

B

Tokoh-tokoh pejuang BMF yang terdiri dari mat kewangan dan ruminan juga sudah tidak mengendahkan lagi kempen-kempen mereka selama ini. Mungkin hanya untuk kempentingan diri saja.

Ohya, aku bukan pejuang BMF anyway. Aku hanya memerhati dan melihat gelagat mereka. Dan hari ini aku tersenyum. Hipotesis aku benar. Semuanya hangat-hangat tahi ayam.

Apabila terbukti Farm Fresh bukan dalam kriteria BMF, tetapi Summerfield benar-benar memenuhi kriteria asal BMF dulu. Malangnya, tiada suara tokoh-tokoh tersebut.

Tokoh-tokoh itu bangun mempertahankan produk yang dimiliki majoriti oleh syarikat Singapura dan dikawal selia oleh bukan bangsa Melayu Muslim.

Maka, masyarakat makin keliru. Apa itu produk BMF. Aku juga keliru. Sekadar ada wakil Melayu dalam directorship dan ada share token kurang dari 1% maka sudah boleh masuk dalam senarai BMF.

Jadi apa beza syarikat yang menjual barangan sama yang dimiliki majoriti dan dikawal oleh kaum Muslimin? Baik tak payah kempen BMF dah. Kan? Dah takda kelebihan dah syarikat kaum Muslimin itu.

Jadi mana-mana syarikat yang tidak BMF dulu, hanya perlu melakukan khitan. Bagi 0.3% kepada seorang wakil Melayu Muslim, bagi dia jadi director, keluarkan muka dia. Selesai? Macam tu ke?

Terasa sungguh sarkis pula prinsip dan syarat sebegini.

Siapa yang tau apa update kempen BMF ni? Dah habis ke? Ke sekadar warm-warm chicken shit.. ???

Tengok cam aku, selama ini isone aku tuang air kurma ni rupanya dari Farmfresh, aku sendiri tak pernah tau. Sebab apa? Aku tak ikut kempen BMF, aku ajar, beli apa yang nak beli asal. Jadi, jangan kata aku tak support syarikat BMF, sebab I never be part of BMF. Hanya memerhati dan mengikut gerak hati.

Aku bagitau isone aku,
“Allah halalkan jual beli, tapi haramkan judi dan riba..”
“Asal sesuatu itu harus, melainkan dibuktikan sebaliknya..”

Salam BMF – Bak Mai Fulusss..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.