BAGAIMANA CARA MELARIKAN DIRI DARI MENERIMA KEBENARAN?

B

1. Jadi straw man.
2. Buat fitnah.

Apa itu straw man?
Orang yang argue dengan hujah fallacy. Biasanya dia akan divert ke issue lain.

Aku bagi beberapa contoh mudah berdasarkan real case scenario.Aku menyatakan yang Farm Fresh sekian-sekian sahamnya dekat A, B, C. Titik.

Takafulman :
Dia tak nafikan fakta aku. Tapi dia cerita pasal Bossusu dah tolong ramai Melayu. Natijahnya, macai dia kata aku dengki dengan Bossusu. Ini namanya straw man divert direction terus.

BMF incluencer (kewangan) :
Dia tak nafikan fakta aku. Tapi dia kalih kata aku tak bagi orang selain friend komen dekat wall aku. Jadi, macai dia terus lupa fakta dan merepek dan meraban. Teknik ini namanya, teknik straw man diversion walaun.

Otai BMF (ruminan) :
Dia pula kata apa masalah dengan fakta tu. Bossusu ni dulu saya kenal, rajin bla bla bla. Lepas tu pusing kata aku nak promote applikasi aku. Macai dia pun bersorak dan melupakan kebenaran yang aku sampaikan. Ini namanya teknik straw man merepek.

Makcik Bedah home dealer :
Budak Aliff ni apa sumbangan dia dekat masyarakat. Apa dia buat? Ini dinamakan teknik straw man Kampung Pak Jalud.

Kawan Bossusu :
Anak dia 2 orang jadi doktor bro. Anak kau berapa orang jadi doktor?Yang ni aku pening nak define apa dah? Korang ada idea?

Contoh lain,

Aku bertanya kepada BMF influencer 1 soalan yang straigh forward. Selepas dibentangkan segala bukti-bukti, diantara Farm Fresh dan Summerfield, manakah yang patut diutamakan untuk dibeli/disokong dahulu menurut manhaj BMF?

Apa jawapan straw man dia?

Saya dah tak aktif dalam group BMF. Kemudian dia tulis panjang-panjang pasal kejayaan BMF bla bla bla. Kempen ada pasang surut. Lepas tu dia ceritalah ada orang suruh boikot Farm Fresh pula. Celah mana plak orang suruh boikot memboikot ni?

Macai-macai dia yang bebal-bebal pun berkata, jahatnya, bodohnya orang ini. Tak faham prinsip BMF.

Korang dah clear apa itu straw man, straw man ni adalah bangsa yang insult intelligence, dia menghina akal dengan melarikan masyarakat dari mendapat kebenaran yang sebenar.

—-

Oh ya, pasal fitnah pula.

Contoh,

Otai Jomweb fellow :
Kau telah merendahkan Bossusu dan mejatuhkan maruah dia. Pung pang, pung pang. Bila aku tanya dekat mana aku buat semua tu? Dia tak jawab, dia tuduh dan tuduh lagi. Boring..

Ini contoh fitnah orang ada degree programming.

—-

Kita boleh bergaduh dan bertekak, tapi asasnya adalah fakta, data dan figura. Membina persepsi, buat diversion, tak jawab soalan, keluar tajuk dan buat tuduhan lain itu tersangatlah keji.

Jangan jadi straw man dan fitan man, jadilah gentleman.

Sekian, salam BMF! Bak Mai Fuloooss..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.