Dulu Aliff Ahmad III ada terfikir nak buat apps namanya TalkBuddy.
Platform untuk orang jual expertise dengan bersembang.
Contoh :
Nik Izwan Kamel pakar IT. So dia iklankan diri dia, profile dia, experience dia, skill dengan rate dia. Untuk sesiapa yang nak bersembang-sembang pasal expertise dia kena bayar rate dia per jam dia. Contoh sejam RM10,000.
Hameeth Shah Abdul Wahid pula pakar jantung. Dia iklankan potfolio dia dengan bayaran rate RM2,000 sejam. So, sesiapa yang nak sembang dengan pakar jantung ini, kena book dan bayar lah.
Mahmud Jumaat ahli undang-undang, disebabkan dia peguam rakyat, dia letak rate dia RM100/jam untuk sesiapa yang nak sembang-sembang dan dapatkan nasihat undang-undang secara casual.
Abu Aisy pakar menjual. Jadi dia jual masa dan expertise dia sejam RM1,000. Hanya untuk gadis-gadis yang nak dapatkan idea, khidmat nasihat dan curahan nasihat. Dia tak terima lelaki sebab takut dituduh ahli sonsang.
Mereka yang iklankan diri diorang boleh letak masa dan hari yang diorang free. So, kalau ada orang book dia kena datang. Dah habis meeting, baru system release payment.
Begitulah idea aku. Ada sesiapa berminat nak run projek ni? Projek takda refund 50% dalam surat perjanjian. Ini bukan projek ponzi. Ini buat aplikasi.