Ulama’ ni ada 2 jenis.
1. Ulama’ rabbani.
2. Ulama’ suu’.
Ulama’ rabbani ni dia bercakap dengan ilmu. Ulama’ suu’ ni dia cakap dengan nafsu dan fulus.
Allah puji ulama’ tu adalah pujian kepada ulama’ rabbani. Allah keji ulama’ dengan samakan mereka dengan anjing dan keldai tu ulama’ suu’.
Ulama’ kena ikut Quran dan Sunnah, kalau ulama’ tak ikut Quran dan Sunnah itu ularmak. Yang dipanggil ularmak itu adalah ulama’ suu’.
Ulama’ rabbani pun tak maksum. Pandangan mereka diterima dan ditolak. Mereka boleh dikritik dan pandangan mereka boleh ditolak.
Agama Islam bukan agama yang mensucikan ulama’. Kita diajar tidak menyembah ulama’. Inikan pula ularmak.