Aku terdengar ada orang kata gaji ceo NGO kecil je, RM4,000! Memang kecil bagi penunggang NGO yang kaut 5 angka sebulan.
Bagi kami marhaen, RM4,000 tersangat bayak! Graduan quantum physics pun belum pasti dapat RM4,000 sebulan. Banyak tau!
Apalah kelulusan dan skill yang perlu ada pada ceo NGO yang hanya collect donation dan serah donation? Perlu Phd? Master? Ijazah? Pengalaman kerja 10 tahun?
Walhal kerja dengan NGO suatu ketika dulu hanyalah voluntary job je. Bukan sebagai career atau pekerjaan hakiki. Ke sekarang ni, dah ada career nama profesional donation collector?
Entahlah..
Teringat kata Nabi SAW,
Ibn Mas’ud R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
لاَ تَزُولُ قَدَمَا ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاَهُ وَمَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَمَاذَا عَمِلَ فِيمَا عَلِمَ
Maksudnya: “Kaki anak Adam akan tetap tegak berdiri di sisi Tuhannya pada hari Kiamat, hingga dia ditanya tentang lima perkara (iaitu): tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana dia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) dia belanjakan dan apa sahaja yang telah dia lakukan dari ilmu yang dimilikinya.”
Rujuk kalimah, وَمَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ, maksudnya dari mana harta yang dia dapatkan.
Hadis ini menunjukkan bahawa bekerja merupakan perkara yang dituntut. Ini menunjukkan kita perlu berusaha dalam meneruskan kesinambungan hidup.
Dengan modal insan, pekerja dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kreatif, inovatif dan bermutu. Ini kerana dengan tahap disiplin yang tinggi sudah tentu dapat menghasilkan natijah dan perkhidmatan yang cemerlang.
Islam menentang keras budaya malas, ponteng kerja dan juga sikap acuh tak acuh atau sambil lewa dalam melaksanakan sebarang tugas yang diamanahkan.
Ini kerana, dengan sikap seperti itu kegagalan dan juga kemunduran sudah pasti bertapak dalam kehidupan mereka, bahkan memberi kesan kepada negara untuk mencapai wawasan yang gemilang.
—-
Alhmdulillah, walaupun pakai Axia Kompang, masih rasa tenang. Tak perlu buka ngo untuk dapatkan gaji RM4000/bulan. Cukuplah RM2500 je..